Video| Gara-gara buah rambutan, dihina! Lelaki bunuh suami isteri warga emas kerana sakit hati!
Published byKredit foto: Tribunews.com
GARA-GARA buah rambutan serta terasa dirinya dihina menyebabkan seorang pemuda nekad untuk membunuh sepasang warga emas dengan sebilah kapak di rumah mangsa di Talang Ubi, Kabupaten (daerah) Penukai Abab Lematang Ilir (PALI), Sumatera Selatan pada 1 Januari 2022 lalu.
Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 8 malam, pelaku yang bernama DA yang berumur 27 tahun dan merupakan jiran tetangga bertindak demikian ke atas Marsidi, 80, dan isterinya, Sumini, 65, akibat rasa sakit hati selepas mangsa bukan sahaja tidak memberi buah rambutan di pokoknya sebaliknya mangsa (Marsidi dan Sumini) juga telah menghina kedua-dua orang tua pelaku (DA).
Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan pembunuhan
DA (baju oren) yang ditahan oleh polis selepas dipercayai terbabit membunuh sepasang suami isteri warga emas di PALI, Sumatera Selatan pada 1 Januari 2022. - Kredit foto: Tribunnews.com
Menurut pelaku, sekitar pukul 3 petang pada hari tersebut, dia meminta dengan kedua-dua warga emas terbabit untuk mengambil buah rambutan yang berada di halaman rumahnya.
‘’Saya sudah minta izin sama dia (Marsidi dan Sumini) pak, tetapi dia bukan sahaja tidak membenarkan saya mengambil buah rambutan itu malah dia menghina pula kedua-dua orang tua saya.
"Akibat kata-kata penghinaan yang sentiasa bermain pada telinga saya menyebabkan saya berdendam dengan mereka, saya nekad akan membunuh mereka dan pada pukul 8 malam, saya pergi ke rumahnya untuk membunuh mereka,’’ kata DA kepada pihak polis ketika soal siasat dilakukan di Balai Polis Daerah PALI pada 5 Januari 2022.
Dipetik laporan Tribunnews berkata, semasa pelaku (suspek) pergi ke rumah mangsa, kedua-dua warga emas didapati sedang tidur nyenyak lalu pelaku mengambil sebilah kapak yang berada di rumah mangsa.
Pada mulanya, DA membunuh Marsidi dengan kapak dan selepas itu membunuh Sumini dengan kapak yang sama.
Suspek mengaku berhasrat untuk membakar rumah warga emas itu selepas pembunuhan tersebut tetapi dia tidak berjaya mencari sebarang mancis api di dalam rumah itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah PALI, AKBP Agus Rizal Triadi berkata bertindak daripada hasil matlumat jiran dan penemuan topi yang dipakai oleh pelaku tertinggal di tempat kejadian.
Menurutnya, polis akhirnya berjaya menangkap pelaku ketika cuba melarikan diri dari rumahnya.
Beliau berkata ketika ditangkap polis menemukan barang bukti seperti kapak, television dan tong gas bersama pelaku yang diambil dari rumah mangsa.
"Pelaku akan dikenakan tuduhan di bawah Pasal 340 Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (KUHP) yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup,’’ katanya. - KitaReporters
Kredit foto: Ebi/EnimEkspres.co.id