Video| Sedih lihat warga emas pulang tangan kosong! Wang ATM tak cukup! Remaja kongsi rezeki!
Published byHARI ini ramai terkesan dengan kedatangan ‘tetamu tidak diundang’ Covid-19, perjalanan hidup tidak sebebas dahulu lagi, semuanya perlu dihadkan.
Begitu juga dengan perjalanan hidup kalau dahulu boleh
bebas untuk mencari rezeki tetapi tidak lagi hari ini.
Malah ada yang terpaksa bergantung hidup dengan bantuan semata-mata berikutan tidak lagi boleh bekerja seperti dahulu.
Lagi cerita-cerita menarik berkairtan sedekah
Terbaharu, seorang gadis berkongsi kisah menyayat hati
apabila dia cuba membantu seorang warga emas yang mahu mengambil wang pada mesin
ATM untuk kelangsungan hidup.
Gadis berkenaan, Naimatul Najwa menerusi aplikasi TikTok @naimatulnajwa sedih kerana lelaki itu terpaksa pulang tangan kosong berikutan wang yang mahu dikeluarkan itu tidak mencukupi.
Allahu…sedihnya bayangkan yang berlaku itu bapa kita!
Kisahnya bermula apabila seorang lelaki warga emas yang dijumpai di sebuah bank meminta tolong dia mengeluarkan wang menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
Mungkin tidak nampak dengan tulisan yang tertera di
mesin berkenaan, lelaki itu cuba meminta bantuan daripada Najwa.
Malah ketika membantu, Najwa bertanya berapa jumlah
yang mahu dikeluarkan lalu lelaki berkenaan menjawab mahu mengeluarkan RM50
sahaja.
“Aku ingatkan dia nak keluarkan duit yang banyak
rupanya RM50,” kongsi Najwa.
Namun sayangnya wang baki di akaun bank warga emas itu tidak mencukupi menyebabkan proses mengeluarkan wang itu terpaksa ditangguhkan.
Sedih melihat kehampaan dimuka warga emas itu, Najwa mengeluarkan wangnya sendiri untuk disedekahkan kepada lelaki berkenaan.
Alhamdulillah… semoga dimurahkan rezeki awak dik!
Malah ketika keluar daripada kawasan bank berkenaan, Najwa sempat bertanya lelaki berkenaan mengenai wang yang mahu diambil itu.
Malah lelaki itu menjelaskan wang itu adalah bantuan Baitulmal
yang diterima setiap bulan sebanyak RM300.
“Pakcik tengah tunggu duit Baitulmal. Belum masuk lagi
kot. Kalau dah masuk tu adalah.”ujarnya penuh hampa.
Warga emas itu memberitahu, duit yang diterima setiap
bulan itu digunakan untuk menampung perbelanjaan harian seperti makanan dan
mengisi minyak.
Dalam perbulanan singkat itu, Najwa yang juga seorang mahasiswa di sebuah institut pengajian tinggi sempat bertanya lelaki itu adakah dia berhajat untuk membeli barangan dengan wang yang mahu diambil di ATM tadi.
Lantas lelaki itu menjelaskan dia mahu mengisi minyak motosikal selain membeli makanan.
Allahu...
Menjengah ke ruangan komen netizen bersyukur lelaki itu tidak pulang kehampaan dengan tangan kosong kerana ada yang bermurah hati membantunya.
Malah ada netizen yang turut berkongsi pengalaman
hidup dalam keperitan dan berkongsi pengalaman sama melalui saat-saat perit
seperti warga emas berkenaan.
Adatlah hidup di dunia ini pasti ada turun dan naik,
yang paling penting perlu beringat ketika senang kerana kita belum tahu apa
yang berlaku di hadapan hari.
Kepada Najwa… terima kasih kerana berhati mulia dan sanggup hulurkan wang dalam poket untuk bersedekah kepada warga emas itu. Semoga Najwa terus dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan urusan!
Sedekahlah...semakin memberi semakin menerima.
Yakinlah sedekah yang dihulurkan itu tidak membuat hartamu kurang sebaliknya lagi bertambah-tambah. - KitaReporters