Covid-19: Tak boleh membonceng! Hanya yang berkahwin boleh!
Published by
KitaReporters
--title--
FILIPINA mengenakan peraturan baharu dalam pencegahan Covid-19 mulai bulan Julai ini. Kerajaan di bawah pemerintahan Presiden Rodrigo Duterte itu, tidak membenarkan motosikal ditunggang berdua. Pasangan suami isteri dibenar membonceng berdua, tetapi perlu membawa sijil perkahwinan bersama jika ditahan oleh pihak berkuasa. : KitaReporters
Seperti dipetik dari laporan Elite Readers, peraturan ini telah dikuatkuasakan di Commonwealth Avenue, Quezon City.Bagi pasangan suami isteri yang tidak dapat menunjukkan sijil nikah, mereka boleh ditangkap oleh pihak polis.
Ekoran peraturan ini, masyarakat Filipina punya cara-cara kreatif untuk menunjukkan bahawa mereka adalah pasangan suami isteri.Ia sama ada membingkai sijil nikah hinggga memamerkan foto nikah mereka di depan motor.
Pembonceng motosikal membawa sama gambar perkahwinan sebagai bukti perkahwinan. - Kredit foto: elite readers.com
Seperti dipetik dari laporan Elite Readers, peraturan ini telah dikuatkuasakan di Commonwealth Avenue, Quezon City.
Selain itu, mereka juga perlu menerapkan protokol kesihatan ketika membonceng seperti memakai topi keledar, pelitup muka atau face mask.
Pasangan suami isteri ini memperlihatkan foto pernikahan mereka bagi membolehkan bergerak bersama. - Kredit foto: elite readers.com
Ekoran peraturan ini, masyarakat Filipina punya cara-cara kreatif untuk menunjukkan bahawa mereka adalah pasangan suami isteri.
Filipina adalah antara negara di Asia yang mempunyai kadar jangkitan Covid-19 tertinggi. - KitaReporters
1
0
1
0
0