Ayah masak air ketum? Siapa sebar video? Tunggu jawapannya!
Published byKES masak air ketum sahaja heboh satu dunia!! Awas kepada ibu dan bapa di rumah, jaga tingkah laku, percakapan dan perbuatan! Anak-anak kecil ini jujur dan tak pandai menipu. Jika A soalannya, maka A jugalah jawapannya jarang sekali B.
Apakah kejujuran anak itu harus dipersalahkan!! Yang perlu tahu kini ialah siapa tularkan video mengaibkan tersebut!!! : KitaReporters
Lagi cerita-cerita mengenai guru:
https://kitareporters.com/search?search=guru
Baru-baru ini telah tular sebuah video spontan mengenai jawapan seorang anak kecil di sekolah berkaitan ayahnya yang pandai memasak ketum.
Alahai! Heboh satu nusantara...
Jarang sekali guru-guru menerima kecaman dalam media sosial (medsos). Selalunya mereka disanjung dan dipuji kerana budi dan ilmu yang mulia diberikan. Senang cerita guru itu penyuluh tauladan yang baiklah!!
Tapi kali ni sebaliknya!!
Orang kata, bila zaman semakin moden dan terkehadapan, kita wajar berhati-hati. Kadang-kadang disebabkan "bateri" sahaja kita boleh dikecam.
Ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan guru tersebut merakam dan merekodkan telatah anak-anak murid sewaktu sesi pembelajaran. Tindakan yang kononnya mahu meraih jumlah sukaan dan perkongsian yang ramai dalam media sosial akhirnya bertukar menjadi sebuah tragedi hitam.
Video yang tertular berkaitan ayah yang pandai memasak air ketum
Budak dan keluarga murid tu malu, dan cikgu yang mengajar itu pula tak pasal-pasal menjadi kes polis selepas video yang mengaibkan itu dibuat laporan kepada pihak berkuasa.
Agaknya orang kita tidak pernah mengambil ikhtibar yang lepas-lepas, bahana apabila tersalah menggunakan gajet baik ibu bapa atau guru.
Penggunaan peranti ada baik serta buruknya untuk guru, tapi kalau merekod kegiatan anak murid di kelas dan menyebarkannya tanpa kebenaran itu bukanlah sesuatu yang baik. Akhirnya, murid tu akan kehilangan bapanya yang dipanggil serta disoal siasat polis dan secara tak langsung bakal dikecam oleh masyarakat kerana keterlanjuran kita menyebarluaskannya.
Guru pelita ilmu, jangan pula menjadi guru "sanggap" gajet!!!
Yang paling menyedihkan cikgu tersebut mengajar budak-budak sekolah darjah bukan sekolah menengah, jika menengah jawapannya mungkin tidak sejujur itu.
Simple! Boleh fikirkan!
Guru yang matang akan menggunakan kemudahan telekomunikasi dengan sebetulnya, gajet boleh digunakan sebagai sebuah peranti yang boleh dihubungkan bersama guru lain sekiranya kecemasan, berhubung bersama keluarga pelajar malah boleh menjadi peranti peringatan kebersediaan mengajar ilmu-ilmu baharu dan terkini agar tidak lupa.
Kelonggaran guru untuk bebas menggunakan gajet merupakan suatu rahmat, bermacam lagi adegan yang menarik untuk direkodkan setelah waktu bebas dan luar dari sesi pengajaran, namun dunia populiriti masa kini telah melupakan seorang guru terhadap batas-batasnya.
Jika jadi macam ni!? habuk pun tak dak...
"Jadi cikgu ni kenalah berfikiran cerdik dan bijak. Janganlah menjatuhkan air muka murid tu, kesian dia dan keluargaanya. Heboh semalaysia.
"Cikgu ini sebenarnya mengaibkan diri dia sendiri, Guru yang tak bijak. Ingat lawak ke cikgu tanya soalan macam tu, sedih betul la perangai cikgu yang macam tu, kesian anak murid kamu kena kecam.
"Engkau sebagai cikgu pun otak kurang cerdik," respons dari netizen dalam media sosial.
Respons netizen dalam media sosial
Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Amiruddin Awang berkata, beliau sudah melihat video yang tular dalam media sosial pagi tadi (Rabu, 19 Ogos 2020) dan masih belum mendapat maklumat atau mengetahui punca sebenar kejadiaan yang menjadi tular itu.
Menurut beliau, perkara itu di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan (KPM) dan NUTP memandang serius perkara itu kerana membabitkan kanak-kanak bawah umur.
"Perkara itu sepatutnya tidak berlaku kerana boleh mencemarkan maruah keluarga dan kanak-kanak terbabit," katanya menerusi sebuah laporan media tempatan.
Kes tersebuat dalam siasatan pihak berwajib untuk mengetahui punya sebenar bagaimana ia boleh tertular.
Apakah video tertular itu disebarkan oleh guru berkenaan atau disebarkan oleh orang lain yang tidak bertanggungjawab? Segala-galanya akan terjawab dalam masa terdekat.
Bagaimanapun tohmahan dan cacian liar seperti "bangang, bodoh, biol dan cikgu tak ada moral" sedang rancak membanjiri medsos. Geram betul netizen kepada guru tersebut!
Nanti dulu! Kita tak tahu siapa punca menyebarkannya! Harap bersabar semua.
Terkini guru tersebut tampil memberi penjelasan melalui pesanan persendirian (private message) kepada Akhi Fairus Al-Jengkawi seorang penceramah bebas.
Katanya video yang tertular itu dihantarkan hanya kepada keluarga (ibu) murid tersebut, entah bagaimana boleh tertular dengan luasnya hanya ibu dan keluarga murid tersebut yang tahu bagaimana ianya boleh terlepas.
"Lalu video itu HANYA dihantar kepada IBU kanak-kanak itu sahaja. Saya ulang, hanya kepada IBU murid itu sahaja.
"Niat cikgu ini jelas, beliau nak bantu pelajar berkenaan. Katanya, kalau ia betul-betul berlaku, harap pihak ibu tidak cover hal itu dari anak," luah guru tersebut bersedih.
Biasalah jika ada telatah anak yang "comel" pasti akan ditularkan di medsos oleh sesiapa sahaja dengan segera tanpa berfikir panjang.
Gila like betul!
Natijahnya di sini mudah! Guna akal apabila melakukan sesuatu perbuatan dan jangan tergopoh-gapah.
Sering kali penulis mengingatkan bahawa malang tidak berbau, jika berbau kita tahu ketika bila kecelakaan bakal menimpa kita dengan mudahnya. Kita ni manusia, manusia tidak akan lari dari kesilapan, bersabarlah!
Apa-apa pun guru tetap pelita ilmu dalam kegelapan. - KitaReporters