Berita Terkini| 2,575 penunggang motosikal maut sepanjang PKP 2020! Angka yang membimbangkan!

Published by
KitaReporters

Ka Siong beramah mesra dengan penunggang p-hailing pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya P-Hailing, 9 April 2021.; Kredit Foto Malaysiagazette.


SEBANYAK 2,575 kematian penunggang motosikal dilaporkan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama pada tahun 2020.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee ka Siong dan menyifatkan jumlah kematian penunggang motosikal di jalan raya juga agak membimbangkan dan sepatutnya kemalangan tidak seharusnya berlaku pada ketika itu.

Tegas Ka Siong statistik Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mencatatkan rekod sebanyak 7,525 kemalangan jalan raya.

“Daripada jumlah itu sahaja sebanyak 2,576 kes melibatkan penunggang motosikal sepanjang PKP selama sembilan bulan tahun 2020 dan dua pertiga daripadanya adalah mereka yang berkhidmat dalam p-hailing (penghantar barangan bermotosikal).

"Untuk tahun lalu (2020) sahaja, dianggarkan 12 kes kematian sehari, manakala pada tahun sebelumnya iaitu 2019 ialah 18 kes kematian sehari,” katanya yang dipetik oleh MalaysiaGazette di Kuala Lumpur pada 9 April 2021.

Terdahulu beliau merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya P-Hailing.

Katanya lagi, penunggang p-hailing (penghantar barangan menunggang motosikal) juga merupakan penunggang motosikal yang turut terlibat dalam sebahagian jumlah statistik ini.

“Lebih menyedihkan adalah kemalangan meragut nyawa penunggang yang merupakan golongan muda pelapis negara serta merupakan bread winner kepada keluarga ketika ini,” ujarnya.

Kempen keselamatan p-hailing lebih bersifat mendidik serta memberikan kesedaran mengenai penunggang motorsikal dengan mematuhi peraturan jalan raya serta kurangkan risiko kemalangan.

“Kempen keselamatan ini berjalan untuk tempoh enam bulan akan datang antara April sehingga September 2021, antara yang telah dirancang termasuklah siri jelajah berkaitan pemandu p-hailing ini," katanya lagi.

Dalam masa sama beliau menyeru supaya penunggang p-hailing mendaftar dan mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Katanya menerusi kadar caruman serendah RM13.10 sebulan atau RM157.20 setahun pelbagai faedah perlindungan disediakan di bawah skim ini.

“Jadilah individu bertanggungjawab bukan kepada diri sendiri sahaja sebaliknya kepada ahli keluarga, anak-anak dan waris kita,” ujarnya. - KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: