Berita Terkini| Bazar Ramadan, Aidilfitiri di Kelantan dibatal serta merta! Covid-19 bertambah!
Published byPENGANJURAN Madinah Ramadan, Bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di seluruh Kelantan dibatalkan serta merta.
Pengumuman
tersebut dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan
Kesihatan negeri Kelantan, Dr Izani Husin menerusi Facebook rasminya pada Ahad, 11
April 2021.
“Bazar
Ramadan dan Aidilfitri seluruh Kelantan dibatalkan. Madinah Ramadan ditukar
menjadi Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid-19,” katanya.
Madinah Ramadan adalah program tahunan melibatkan solat tarawih berjemaah, berbuka puasa dan bersahur beramai-ramai, penyampaian sumbangan kepada fakir miskin, tazkirah serta bicara keilmuan, yang diadakan di dalam kawasan stadium negeri.
Terdahulu,
pada Sabtu 10 April 2021, kes Covid-19 di Kelantan mencatatkan 171 kes dan jumlah
kumulatif kes positif adalah sebanyak 7,021 kes. - KitaReporters