Syekh Ali Jaber dikenang sebagai pendakwah yang mesra, disenangi! Tanpa kebencian, permusuhan
Published by"MENDENGAR ceramah dia membuat hati saya berasa tenang, aman dan bersyukur kerana itulah ajaran sebenar Islam." Begitulah reaksi tulus Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) terhadap pulangnya ke rahmatullah pendakwah terkenal Indonesia, Syekh Ali Jaber pada pagi tadi Khamis, 14 Januari 2020. Innalillahi wainna ilaihi rojiun. : KitaReporters
Almarhum Syekh Ali Jaber - Kredit foto RCTI
Lagi kisah-kisah sedih berkaitan mereka yang telah meninggal dunia:
https://kitareporters.com/search?search=meninggal+dunia
Menurut bekas Presiden Indonesia yang keenam itu, almarhum ada menziarah Allahyarham isterinya, Kristiani Herrawati (Ani Yudhoyono) semasa di hospital di Singapura pada 2019. Ani dimasukkan di Hospital Nasional Singapura pada 2 Februari 2019 dan meninggal dunia pada 1 Jun 2019.
Semasa ziarah tersebut, kata SBY seperti yang dipetik oleh laporan Antara, Almarhum Syekh Ali Jaber mengingatkan dia agar kuatkan semangat, tidak mudah kecewa dan banyak bersabar.
"Ceramah Syekh Ali Jaber bebas daripada sebarang kebencian dan permusuhan," tambah Susilo.
Kredit foto: Telusur.com
Berita sedih pada tanggal 1 Jamaldilakhir 1442 Hijrah bersamaan 14 Januari 2021 (Masehi), Syekh Ali Jaber atau nama penuhnya Syekh Ali Saleh Mohammed Ali Jaber telah meninggal dunia pada jam 8.30 pagi (waktu tempatan) di Rumah Sakit Yarsi, Jakarta, Indonesia.
Khabar duka kematian almarhum mula tersebar dalam media sosial berikutan tersebarnya tulisan oleh Ustaz Yusuf Mansur menerusi akaun Instagramnya @yusufmansurnew.
Menurut laporan berita portal CNCB Indonesia, berita kematian almarhum turut disahkan oleh Ketua Yayasan Syekh Ali Jaber, Habib Abdurrahman secara ringkas dalam rakaman nota suara (voice notes) yang dihantar beliau.
Syekh Ali Jaber berusia 44 tahun pernah disahkan positif Covid-19 pada 29 Disember 2020 lalu. Almarhum kemudian dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada keesokan harinya kerana mengalami masalah kesihatan di Rumah Sakit Yarsi.
"Keadaannya beransur baik, pasukan perubatan mengatakan ada kemajuan, cukup baik dan terus menunjukkan peningkatan," menurut kenyataan dalam Instagram itu.
Namun beberapa hari kemudian, gambar beliau tersebar luas dalam laman sosial menunjukkan Syekh Ali tidak sedarkan diri dan menggunakan alat pernafasan atau ventilator.
Ustaz Yusuf Mansur (tengah) bersama dengan keluarga almarhum berdoa untuk jenazah Syekh Ali Jaber di Rumah Sakit Yarsi, Cempaka Putih, Jakarta Timur. - Kredit foto: Suara.com/Alfian Winanto
Dalam ruang komen (media sosial), warga net sentiasa berdoa memohon kesejahteraan dan kesembuhan almarhum.
Namun apakan daya ajalnya telah sampai Syekh Ali Jaber akhirnya kembali ke rahmatullah bertemu Yang Maha Esa dan jazad almarhum yang dikatakan negatif Covid-19 telah dibenarkan dibawa keluar oleh pihak perubatan Rumah Sakit Yarsi, Jakarta.
Jenazah Syekh Ali Jaber telah dimakamkan di Komplek Pondok Pesantren Darul Quran, Tangerang, Banten, yang merupakan milik Ustaz Yusuf Mansur atas permintaan keluarga almarhum.
Orang ramai turut merasa sedih dan mengiringi jenazah Syekh Ali Jaber yang dibawa keluar dari Rumah Sakit Yarsi, Cempaka Putih, Jakarta Timur,Indonesia. - Kredit foto Suara.com/Alfian Winanto
Syekh Ali Jaber dilahirkan di Madinah, Arab Saudi pada 3 Februari 1976 dan merupakan anak sulung daripada 12 adik-beradik.
Pendakwah ini telah mula menghafal 30 juzuk al-Quran pada usia 10 tahun dan kemudian pada usia 13 tahun telah diamanahkan menjadi imam masjid di sebuah masjid di kota Madinah.
Almarhum mula aktif berdakwah di Indonesia pada usia 32 tahun dan dia mendirikan rumah tangga dengan Umi Nadia, wanita kelahiran Lombok, Indonesia. Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Hasan.
Pada 2012, almarhum telah mendapat kerakyatan Indonesia daripada Susilo Bambang Yudhoyono dan kini menetap di Lombok, Nusa Tenggara Barat (NTB).
Jenazah Syekh Ali Jaber dimakamkan di Komplek Pondok Pesantren Daarul Quran, Tangerang, Banten, Indonesia. - Kredit foto Suara.com
Di Lombok, beliau terus aktif dalam dunia dakwah dengan menjadi guru al-Quran, imam, dan pendakwah di Masjid Besar Al-Muttaqin Cakranegara, Lombok, NTB, Indonesia.
Almarhum juga pernah menjadi juri program Hafiz Indonesia dan menjadi Dai dalam beberapa program televisyen Indonesia.
Pada September 2020 lalu, almarhum pernah cedera selepas diserang oleh individu yang tidak dikenali dengan menggunakan senjata pisau ketika menyampaikan ceramah agamanya di Bandar Lampung, Indonesia.
Al-Fatihah! Semoga roh almarhum dicucuri rahmat ditempatkan bersama orang-orang beriman dan soleh. - KitaReporters
Sumber:
https://celebrity.okezone.com/read/2021/01/14/33/2344188/ustadz-yusuf-mansur-syekh-ali-jaber-sudah-negatif-covid-19
https://www.world-today-news.com/sheikh-ali-jaber-pulled-out-the-knife-himself/
https://banten.suara.com/read/2021/01/14/155215/foto-foto-jenazah-syekh-ali-jaber-diantar-ke-makam
https://dai.ly/x7yobob