TUAH ayam nampak pada kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Shairan Huzani Husain dibesarkan dalam keluarga nelayan, kini menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd. Lebih membanggakan, namanya juga digunakan sebagai pemegang lesen bagi 30 stesen minyak Shell di India. : KitaReporters 

Kredit foto: IG Shairan Huzani (https://www.instagram.com/pakcikshell/)


Menerusi instagram miliknya, Pakcikshell (https://www.instagram.com/pakcikshell/) jelas kelihatan seorang ketua yang prihatin, mesra dengan pelanggan, kelakar dengan celoteh mencuit hati dan memberi inspirasi kepada pengikutnya. 

Nama Shairan mulai tular selepas beliau menemui seorang budak yang memakai baju Shell ketika menerima keputusan SPM.

Di sebalik nama beliau, banyak kisah suka duka bos besar kepada dua syarikat yang bertanggungjawab ke atas perniagaan hiliran (downstream) bagi produk Shell di Malaysia.

Dilahirkan di Pasir Puteh, Kelantan oleh pasangan guru tetapi dibesarkan oleh datuknya yang hanya seorang nelayan di Kampung Kedai Buloh, sebuah perkampungan nelayan di Sungai Kelantan.

Berkat kesungguhan dan rajin berusaha, yang merupakan rahsia kejayaannya, Shairan berjaya melanjutkan pengajian di Grantham College di UK untuk peringkat A-Level.

Beliau kemudian mendapat biasiswa dari Shell bagi meneruskan pengajian di Leeds University dalam jurusan Ekonomi.


Shairan mendedahkan kepada portal Careta, ketika di UK, beliau bekerja mencuci pinggan di sebuah restoran bagi menampung kos sara hidupnya di sana. 

Shairan berkata bekerja sebagai pencuci pinggan mengajarnya erti kemanusiaan dan kehidupan.

Setelah pengajiannya tamat pada tahun 1990, Shairan diterima bekerja dengan sebuah firma antarabangsa iaitu KPMG di Leeds. 

Dia bekerja pada siang hari dan di sebelah malamnya dia tekun belajar untuk mengambil peperiksaan profesional dari Insitutte of Chartered of Accountant of England and Wales.

Bagaimanapun pada tahun 1993, dia bertekad untuk berhenti kerja dan balik ke Malaysia kerana terlalu rindukan tanah air.

Shairan memohon apa sahaja jawatan dengan Shell Malaysia dan pernah diterima masuk di Shell Chemical, yang menghasilkan produk ubat nyamuk Shelltox pada satu ketika dahulu. 


Namun rezeki menyebelahinya apabila ditugaskan menjaga beberapa stesen minyak Shell. Dan yang pertama adalah Shell di Glenmarie.

“Saya pernah mencuci tandas di stesen tersebut pun,” cerita Shairan. 

Royal Dutch Shell, syarikat induk untuk Shell kemudiannya menawarkannya bekerja di India, ia disambut dengan dedikasi.

Sehingga kini, nama di dalam lesen perniagaan Shell di India masih mempunyai namanya. 

Sepanjang empat tahun di India, beliau membantu membuka 30 stesen minyak Shell, ia cabaran hebat kerana negara itu mempunyai empat syarikat minyak nasional. 

Bagaimanapun sejak 2016, beliau kembali ke negara ini bukan sahaja untuk menyumbang semula kepakarannya tetapi yang lebih penting beliau dilihat berkongsi balik rezeki kepada golongan memerlukan. - KitaReporters

9
9
1
2
0

Copy Link: