Tahniah Mechamato! Cipta sejarah! Animasi pertama menang anugerah di Jepun! Animasi kita kian maju!

Published by
KitaReporters


ANIMASI Mechamato dari Malaysia telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi yang pertama memenangi anugerah 'Anime Fan Award' (Anugerah Peminat Anime) di Tokyo, Jepun dan paling manis ini adalah pertama kali anime dari luar negara memenangi anugerah di sana. 

Nama Nizam Abdul Razak bukan asing lagi di Malaysia dek kerana sebelum ini pun beliau telah mencetuskan fenomena filem kanak-kanak melalui Boboiboy sehingga menjadi tarikan kepada anak kecil.  

Bagi mereka yang sudah menonton filem ini, pasti akan setuju dan terhibur meskipun ia cerita untuk peringkat umur kanak-kanak. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan animasi Mechamato


Setelah menyepi seketika pada 2019, Nizam tampil pada 2022 dan keluarkan satu lagi movie bertajuk Mechamato Movie sehingga berjaya mendapat kutipan RM35 juta dan berada di kedudukan keempat tertinggi dalam jumlah ketupan filem di Malaysia. 

Ini membuktikan anak tempatan dan filem animasi dari Malaysia ketika ini semakin maju. 

Jika dahulu kita banyak menonton cerita kartun dari negara matahari terbit ini, kini mereka pula menonton dan meminati animasi dari negara kita. 

Untuk memasuki pasaran Jepun, ia bukan sesuatu yang mudah kerana mereka memilih yang terbaik dari terbaik untuk memasuki negara mereka. 



Moga dengan kejayaan ini akan memberi tonik tambahan buat mereka agar dapat menghasilkan lebih banyak filem yang berkualiti dan setanding luar negara. Biar anak kecil mengidolakan filem tempatan pula dari luar negara. 

Selain Mechamato dan Boboiboy, kita ada beberapa lagi filem kanak-kanak tempatan yang pernah mendapatkan kutipan tinggi seperti Ejen Ali dan Upin & Upin. 

Kesemua ini adalah aset negara dan ia amat penting kerana mampu membentuk jati diri anak-anak kita. - KitaReporters


8
11
0
14
0

Copy Link: