PERIKSA TEKANAN DARAH, DAPAT BERMAIN BATU SERIMBAN
Published bySUDAH jadi kebiasaan masyarakat kita hari ini selalunya kurang memberikan sambutan kepada program-program berbentuk kesihatan sama ada pemeriksaan kesihatan, penerangan dan demontrasi masakan serta pemakanan sihat atau ceramah berkaitan penyakit dan penjagaannya.
Orang ramai yang menjalani saringan kesihatan perlu mengisi borang kaji selidik dan maklumat diri.
Untuk mengatasi masalah yang seolah-olah seperti virus ini antara salah satu daripada caranya dengan menampilkan suatu kelainan yang perlu dicuba atau ditonjolkan melalui program berkenaan.
Dengan memperkenalkan kelainan pada pengisian program, ia boleh menjadi antara daya tarikan kepada orang ramai untuk turut serta.
Kerana melaluinya selain melakukan pemeriksaan kesihatan, menyaksikan demontrasi masakan sihat mahupun mendengar penerangan mengenai pelbagai topik kesihatan, orang ramai boleh bersantai menyertai acara-acara seperti permainan rakyat, sukaneka atau apa sahaja bentuk pertandingan.
Barisan petugas untuk saringan kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Petaling.
Malahan jika bernasib baik melalui penyertaan tersebut boleh mendapat hadiah kemenangan. Kaedah ini suatu yang meyeronokkan dan mampu menarik orang ramai turut serta menjayakan program-program yang dianjurkan.
Malahan kelainan yang diketengahkan secara kombinasi dengan acara-acara kesihatan pada program berkenaan dapat mengimbau kenangan silam bagi yang pernah melaluinya jika ia didedahkan dengan permainan rakyat contohnya.
Selain itu, ia bakal menjadi suatu pendedahan kepada kanak-kanak dan remaja masa kini untuk terus memperjuangkan aktiviti berkenaan pada masa depan bagi mengelakkan daripada pupus ditelan masa.
Dalam konteks ini, Unit Komuniti Pembina Negara (KOSPEN) Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Seksyen 7 Lestari Perdana (LP7), Bandar Putra Permai, Seri Kembangan cuba melakukannya dalam usaha untuk menarik lebih ramai penyertaan pada Program Wanita dan Kesihatan khususnya dalam kalangan penduduk komuniti taman berkenaan.
Antara orang ramai yang bersiap sedia untuk menjalani saringan kesihatan.
Program kali ini diberikan inovasi yang berlainan daripada sebelumnya dengan menjadikan program kesihatan bergandingan bersama aktiviti permainan rakyat, senamrobik dan memperagakan selempang kain batek yang kian berkurangan pemakaiannya terutama anak-anak muda.
Berikutan penampilan kelainan pada pengisian program yang dijayakan bersama Jiran Wanita KRT dan Biro Wanita (Persatuan Penduduk) LP7 kali ini boleh dianggap lebih menyerlah dengan penyertaan yang agak menggalakkan. Satu pendekatan yang baik.
Acara senamrobik turut menarik minat kanak-kanak dan remaja.
Program Wanita dan Kesihatan 2019 berlangsung baru-baru ini di Pekarangan Bilik Gerakan KRT di Jalan LP 7/5 melibatkan penyertaan kanak-kanak, remaja dan dewasa serta tidak terhad kepada wanita tetapi juga golongan lelaki mendapat sambutan memuaskan.
Melalui pendedahan kelainan ini, ia merupakan suatu konsep komuniti berjaya dan mampu menarik jumlah penyertaan orang ramai lebih baik dari sebelumnya.
Baling tin dengan bola bagi kategori wanita antara acara yang menarik perhatian.
Program yang berlangsung antara jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari menampilkan acara senamrobik dan zumba yang diketuai Dr. Monica Sim Siew Lien bersama tiga anggota. Beliau merupakan doktor zumba Pejabat Kesihatan Daerah Petaling.
Uji minda kesihatan kategori kanak-kanak turut diadakan.
Selain itu, aktiviti yang dijalankan merangkumi pemeriksaan tekanan darah, kandungan gula dalam darah, pemeriksaan BMI untuk klasifikasi obesiti dan pertandingan permainan kesihatan.
Pemeriksaan ini dikendalikan kakitangan PKD Petaling diketuai Dr. Yung Chung Shyung.
Aktiviti ini yang sebelumnya kurang mendapat sambutan telah diberikan suntikan inovasi dengan menggandingkannya bersama permainan rakyat dan sukan tradisonal iaitu permainan batu serimban, congkak, baling guli dan baling tin menggunakan bola.
Permainan rakyat congkak dan batu serimban turut dipertandingkan untuk orang ramai.
Program bersama KOSPEN, ,KRT dan Persatuan Penduduk LP7 kali ini boleh dibanggakan selain aktiviti saringan kesihatan juga turut digandingkan dengan acara permainan rakyat yang mampu memikat hati orang ramai untuk sama-sama menjayakannya.
Aktiviti yang menampilkan kelainan dari acara-acara sebelumnya wajar diteruskan dan jika perlu diberikan penambahbaikkan dalam konteks menarik minat orang ramai turut serta khususnya ahli komuniti setempat.
Kanak-kanak dan remaja menjadi persaing hebat kepada golongan dewasa dalam acara permainan batu serimban.
Dr. Yung Chung Shyung memberi penerangan mengenai kawalan yang perlu bagi penyakit kencing manis kepada salah seorang penduduk yang membuat saringan kesihatan.
Gandingan tiga sekawan bangga meperagakan selendang daripada kain batek.
Para pemenang acara baling guli kategori kanak/remaja lelaki dengan hadiah masing-masing.
Para pemenang acara baling guli kategori kanak/remaja erempuan dengan hadiah masing-masing.
Pemenang acara baling tin dengan bola kategori lelaki dewasa, Mohd Irwan Idris (kanan) menerima hadiah daripada Pengerusi Persatuan Penduduk LP7, Hairi Eberahim.
Pemenang pertandingan acara permainan congkak Mardiah Che Ros (kiri) dan pemenang acara baling tin dengan bola Aminah Roslie dengan hadiah masing-masing.
Sambil memperagakan selempang kain batek sebagai tarikan kali ini sebahagian penduduk wanita LP7 bergambar bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Dr. Siti Mariah Mahmud yang sempat berkunjung ke program berkenaan.
Sebahagian mereka yang menyertai Program Wanita dan Kesihatan 2019 Seksyen 7 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.