PM menghadap Agong, mohon laksana darurat

Published by
Malaysia Times

PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dikatakan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini, di tengah-tengah perbincangan Putrajaya sedang mempertimbangkan untuk mengisytiharkan darurat berikutan situasi semasa Covid-19.

Ketika dihubungi, seorang anggota Kabinet mengesahkan perkara itu kepada FMT, usaha untuk melaksanakan darurat sedang dijalankan. Malah seorang lagi sumber turut mengesahkan perkara itu ketika ditanya midia itu.

“Perdana Menteri dalam usaha menghadap Agong,” kata seorang anggota Kabinet yang enggan namanya didedahkan.

Difahamkan Agong ketika ini berada di Pahang dan pertemuan itu dijangka berlangsung pada 5 petang itu.

Berita dari FMT 

0
6
3
0
1

Copy Link: