Belanjawan 2021: Apa Yang Anda Dapat?
Published by
Malaysia Times
--title--
gambar HiasanPETALING JAYA: Belanjawan 2021 yang bertemakan “teguh kita, menang bersama” merupakan belanjawan pertama pentadbiran Perikatan Nasional, dan menyediakan beberapa manfaat langsung untuk rakyat.Bantuan Prihatin Rakyat-Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 diberi antara RM1,200 hingga RM1,800 bergantung kepada bilangan anak.-Isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM4,000 terima antara RM800 hingga RM1,200 bergantung kepada bilangan anak.-Isi rumah berpendapatan antara RM4,001 hingga RM50,000 terima antara RM500 hingga RM750 bergantung kepada bilangan anak.-Orang bujang berusia 21 tahun ke bawah yang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan terima RM350.Wang caruman KWSP
-Pencarum KWSP dibenar keluarkan caruman Akaun 1 RM500 sebulan untuk 12 bulan mulai Januari 2021.-Caruman Pekerja KWSP dikurangkan dari 11% kepada 9%.Kakitangan awam-Bantuan khas kewangan RM600 untuk kakitangan Gred 56 dan ke bawah, mulai awal 2021.-Pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen diberi RM300, mulai awal 2021.Manfaat lain-1% pengurangan dalam cukai pendapatan bagi mereka yang bergaji RM50,000 hingga RM70,000 setahun.-RM150 juta disalurkan untuk melanjutkan elaun pencarian kerja Perkeso selama 3 bulan.-RM3.7 bilion untuk Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) bagi mewujudkan pekerjaan dan meningkatkan kemahiran.-Pengecualian cukai sehingga RM8,000 untuk rawatan penyakit serius.-Pengecualian cukai sehingga RM1,000 untuk saringan kesihatan.-Pengecualian cukai sehingga RM8,000 untuk rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa.-Pemberian one-off RM500 kepada anggota barisan depan KKM yang akan memanfaatkan 100,000 petugas kesihatan.-Kredit e-dompet sekali beri bernilai RM150 untuk remaja berusia 18 hingga 20 tahun.-Pas perjalanan bulanan tanpa had berharga RM5 untuk pelajar dan OKU.-Elaun sara hidup nelayan naik daripada RM250 kepada RM300 sebulan mulai Januari.-RM400 juta untuk menghapuskan faedah hutang kebun peneroka Felda.-RM50 juta untuk program latihan semula 8,000 kakitangan syarikat penerbangan.-Geran khas Prihatin Tambahan RM1,000 pada peniaga, penjaja, pemandu teksi, e-panggilan, kereta sewa, dan pemandu pelancong di Sabah.
Sumber:FMT
0
0
1
0
0