HARAPKAN pegar, pegar makan padi. Harapkan saudara, sanggup makan darah daging sendiri. Begitulah malangnya nasib yang menimpa tiga beradik yatim. : Kita Reporters.com

Muhammad Syahadan Abdul Talib (berbaju-T merah) menerima sumbangan berupa wang tunai dan beras dari geng motorsports. 


Selepas ditipu lebih RM25K hasil kutipan derma orang ramai yang dimasukkan ke dalam akaun milik saudara yang dipinjamkan untuk mengumpul duit itu, hari ni tiga beradik yatim itu mendapat ehsan daripada geng motorsports yang memberi mereka sedikit harapan menempuh kehidupan penuh pancaroba di tengah-tengah perkampungan di Gua Musang, Kelantan.  

Tiga beradik malang itu, Muhammad Syahadan Abdul Talib, 19, bekerja sebagai penoreh getah bagi membiayai dua adiknya, Siti Noraini, 14, dan Siti Nor Asmiza, 9, yang kehilangan ibu bapa beberapa tahun lalu. Lalu sebuah tabung diwujudkan oleh sekumpulan penderma dari daerah Gua Musang dan sekitarnya yang akhirnya sejumlah lebih RM25,000 berjaya dikutip. 

Malangnya, pemilik akaun itu mengeluarkan wang berkenaan senyap-senyap dan kisah penganiayaan ke atas mereka tersebar apabila kumpulan pemotoran daerah itu menviralkan kes mereka.

Akaun itu kemudian dibekukan oleh pihak bank bagi memastikan tiada pengeluaran luar biasa dibuat. 

Tiga beradik berkenaan meneruskan kehidupan mereka dengan makan dan pakai apa yang ada. Dua beradik itu masih bersekolah dan Syahadahlah yang akan bekerja di ladang getah dan melakukan kerja-kerja kampung bagi mencari rezeki.

GPPBK membuat pose berkumpulan sebelum bertolak ke rumah anak yatim. 


Sebaik mendapat khabar mengenai nasib malang tiga beradik tu, gabungan Gagasan Pasukan Permotoran Bersatu Kelantan (GPPBK)  Kota Bharu yang diketuai  Geng Motor Menuju Ke Hadapan terus membuat kutipan derma kilat dan berkonvoi ke rumah mereka di Kampung Mentara Lama dengan membawa derma RM10,400 termasuk membuka Sijil Simpanan Pendidikan Nasional  (SSPN) untuk memastikan kebajikan dua adik tidak terabai lagi.

 

Bersama ketua konvoi dari geng KB Edition, Poklan (kiri).


Konvoi kali ini diketuai geng motorsports KB Edition, Poklan @ Roslan yang menyaksikan 200 geng motor meredah hujan lebat membawa bersama lebih 100 kilogram baju bundle yang disumbangkan oleh pengedar baju terkenal dari Kelantan, Angah Repairjean untuk kegunaan adik-beradik terbabit yang kini berdepan dengan musim hujan yang melanda daerah pedalaman Kelantan sepanjang masa.  

Bergambar sebelum meneruskan perjalanan ke Kampung Mentera Lama, Gua Musang, Kelantan.




Ikut giliran.. Sebahagian rombongan konvoi yang mula berlepas.


Bila berkonvoi itu, deruman enjin yang melalui kawasan jalan kampung yang kiri kanan hutan itu memecah kesunyian kampung.

Bila sudah singgah di pekarangan rumah itu, ramai geng motor menitis air mata bila melihat keadaan rumah berdindingkan buluh dan adik berkenaan yang masih menggunakan air sungai di belakang rumah untuk keperluan harian termasuk membasuh dan minum.

Sungai yang menjadi punca air bagi tiga beradik yatim piatu.


Bekalan air sungai yang menjadi kegunaan harian di rumah termasuk air minuman.


Poklan berkata, kali ni wang tunai itu diberikan dalam bentuk sijil berkenaan untuk kegunaan dua adik Syahadan meneruskan pengajian mereka, manakala Syahadan yang menjadi penyara keluarga itu diberikan wang tunai RM2,000 untuk kegunaan harian sepanjang musim tengkujuh ini.

Perjalanan ke Gua Musang sejauh 200 kilometer yang biasanya memakan masa lebih 2 jam sangat berbaloi. 

Kali ini kempen kutipan derma bertemakan Demi Along Kerana Tuhan, akhirnya berjaya dan selamat tiba di kampung berkenaan walaupun sebelum ini ada badan pertubuhan kebajikan meminta mereka berhati-hati bila menderma selepas kejadian penipuan yang dilakukan dalam kalangan saudara mara anak yatim itu.


Poklan berterima kasih kepada semua geng permotoran yang berusaha membawa beras, gula, biskut dan pakaian untuk meringankan beban Syahadan.

Ini, katanya termasuk  geng Menuju ke Hadapan, Underground Riders, Rider Generation, Division FORCE, Speed Lover, Speed Racer, TM Rider, KB Edition, RD Kelate, Isabella, Yamaha Runner, Road Racer, Y15 Pasir Puteh dan Y15 Pasir Mas.

Sambil mereka berkonvoi, geng itu singgah bersolat di masjid Gua Musang. Mereka turut membawa makanan dan minuman untuk meraikan adik beradik berkenaan dalam kenduri dan bacaan doa ikhlas. - KitaReporters.com

Geng motorsports tiba di rumah tiga beradik yatim piatu.


Geng motorsports bergambar bersama Syahadan (tiga dari kiri) dan dua adik perempuannya.



Tepi telaga/sungai berhampiran rumah tiga beradik yatim piatu 

67
2
3
1
0

Copy Link: