KONGSI MINDA BERSIH JIWA: MAMPUKAH KITA BERMUAFAKAT?

Published by
KitaReporters
ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi. 

Kongsi minda bersih jiwa.

Gambar dari https://pixabay.com/id/ 


Renungan.

Muafakat didik rasa tanggungjawab

Kerjasama ringankan beban

Kikis perasaan tak perlu orang lain.

Ke mana pun kita pergi, apapun yang kita buat, kita perlukan seseorang sebagai tempat berkongsi cerita.

Bagi sesebuah kehidupan, kejayaan dan keharmonian yang dicapai adalah kerana kerjasama dan muafakat.

Dalam keluarga, di tempat kerja dan dalam masyarakat, dua perkara ini sangat penting.

Dengan muafakat yang diamal, akan melahirkan rasa tanggungjawab dan kesejahteraan hidup yang positif.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, amalan yang meringankan perkara yang berat, meleraikan masalah yang besar.

Tanpa sikap tolak ansur dan muafakat antara satu sama lain, setiap orang hanya akan mementingkan diri, di samping berbalah sesama sendiri.

Pesanan nenek moyang seperti muafakat membawa berkat, bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat amat relevan dengan kehidupan masa kini.

Kita selalu lupa akan pesanan ini kerana terpengaruh dengan kehidupan moden dan teknologi sedangkan ia sangat berkesan untuk diamalkan.

Amalan sentiasa mengambil berat di antara satu sama lain juga sifat murni yang perlu menjadi pedoman dalam hidup kita tanpa memilih siapa.

Ingatlah...

Dalam apa juga keadaan kita tak boleh hidup seorang diri, sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku dari hari ke hari.

Hiduplah dengan niat kita perlu menjalin silaturrahim sesama manusia melalui kerjasama dan muafakat.

Buang ego dan terimalah hakikat kita tidak sempurna. Tidak semua perkara kita boleh buat tanpa bantuan orang lain.

❤️🌹 Tak cerdik jangan memandai-mandai. Kalau bodoh, jangan sombong. ❤️🌹

0
0
0
0
0

Copy Link: