PERTEMUAN 15 TAHUN DI AWAN BIRU BERULANG

Published by
KitaReporters
SEORANG lelaki tidak menyangka pramugari yang pernah ditemui di dalam pesawat 15 tahun lalu akhirnya menjadi rakan sekerja dan mentor kepadanya hari ini. : KitaReporters.com

XU YANFENG merakamkan gambar bersama seorang pramugari cantik ketika pertama kali menaiki pesawat. - Foto moretify.com


Kejadian berlaku kepada pemuda dari China itu menjadi tular di Internet selepas Xu Yanfeng, seorang pelatih pramugara berkongsi gambarnya ketika berusia lima tahun bersama seorang pramugari yang cantik.

Menurut Yanfeng yang dipetik portal moretify.com, pada tahun 2004, dia menaiki pesawat buat pertama dan tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan seorang pramugari cantik yang bertugas.

Akui Yanfeng, selepas merakam gambar kenangan, dia terus menanam minat untuk menceburi bidang penerbangan dan menjadi pramugara apabila besar kelak.

Kini selepas 15 tahun berlalu, impian hampir terlaksana selepas Yanfeng menyambung pengajian di Akademi Penerbangan Awam China.

Pemuda segak itu kini sedang menjalani latihan amali dengan syarikat penerbangan China Eastern Airlines itu berkongsi momen indah bagaimana cita-cita yang digengam hari ini bermula dengan gambar yang dirakam bersama pramugari berkenaan.

XU YANFENG ketika melapor diri sebagai pelatih di syarikat penerbangan China Eastern Airlines. 


Gambar yang dikongsi itu disedari penyelianya dan bertanya dengan dia adakah dia mahu bertemu dengan wanita dalam gambar itu yang kini bekerja sebumbung dengannya.

“Mahukah kamu melihat wanita muda di dalam foto ini? Saya akan bawa kamu berjumpa dengannya,” kata penyelia berkenaan.

XU YANGFENG merakamkan semula gambar bersama Fang Wei yang serupa ketika dirakamkan 15 tahun lalu.


Dengan tidak disangka, ternyata wanita dirakam bersama Yanfeng di dalam pesawat itu, iaitu Fang Wei, seorang kru kanan penerbangan di tempat dia menjalani latihan amali, masih kekal cantik seperti dahulu.

Lebih menghiburkan, Fang We masih lagi mengingati kanak-kanak lelaki comel yang mahu merakam gambar bersamanya, 15 tahun lalu.

Akur dengan pengalaman bermakna antara mereka berdua, penyelia itu kemudian mengaturkan supaya Yanfeng bertugas di bawah seliaan Fang Wei.

Kini, mereka merupakan rakan kerja dan Yanfeng pula merupakan 'anak didik’ bagi Fang Wei.

Waktu lapang ketika bertugas memberikan mereka peluang untuk bergambar bersama bagi 'menghidupkan semula' kenangan 15 tahun yang lalu.

Walaupun sudah beberapa tahun berlalu, namun perasaan itu masih sama. Ia merupakan satu momen yang bermakna buat pasangan bos dan pekerja tersebut. - KitaReporters.com

10
1
0
0
0

Copy Link: