BAPA BERI NAMA ANAK SEMPENA TAUFAN BULBUL

Published by
KitaReporters
MENJADI kemestian setiap bayi yang baru lahir diberikan dengan nama-nama yang indah dan mempunyai makna tertentu. Tetapi berbeza dengan pasangan suami isteri di Bangladesh apabila menamakan si kecil yang dilahirkan dengan nama taufan yang melanda di perkampungan tempat mereka menetap. : KitaReporters.com


Memetik tbsnews.net, Bayezid Shikder menamakan anak perempuannya yang dilahirkan pada 10 November lalu dengan nama Bulbul sempena Taufan Bulbul yang membadai negara di Teluk Benggala itu. 

Menurut Bayezid, isterinya, Hanufa Begum melahirkan bayi berkenaan di Sekolah Rendah Kerajaan ATC yang dijadikan pusat pemindahan sementara di Kampung Mithakhali.

Pegawai Pengurusan Bencana di Mongla, Md Rahat Mannan berkata, Hanufa selamat melahirkan bayi perempuan selepas dibantu oleh seorang bidan dari klinik perancangan keluarga di pusat pemindahan berkenaan.

“Kedua-dua berada dalam keadaan sihat,” katanya.

Menurut dia lagi, ketika Hanufa dibawa ke pusat pemindahan dia berada dalam keadaan kritikal sebelum dipantau oleh doktor di pusat pemindahan berkenaan.

Keadaan yang kelam kabut itu mendorong Bayezid menamakan si kecil yang baharu lahir itu dengan nama Bulbul. Pelik kan?


Taufan Bulbul dengan kelajuan angin 120 kilometer sejam membadai kawasan pantai di Sundarbans, hutan bakau terbesar dunia yang terletak di Bangladesh dan timur India.

Kawasan berkenaan juga menempatkan spesies terancam termasuk harimau Benggala dan ikan lumba-lumba Irrawadi.

Kira-kira 764,000 dipindahkan ke pusat pemindahan melibatkan tujuh daerah antaranya Baterhat, Khulna, Satkhira, Barishal, Pirojpur, Barguna and Bhola. - KitaReporter.com

 

 

10
1
0
1
0

Copy Link: