APAKAH DUNIA KINI SUDAH JADI DUNIA 'BAIK ADA MAKNA'?

Published by
KitaReporters
ASSALLAMUALAIKUM dan selamat pagi. 

Kongsi minda, bersih jiwa.

Gambar dari https://pixabay.com/id/ 


Renungan.

Tolong menolong satu ibadah

Dahulukan adik beradik

Tolong bukan harapkan balasan

Pernah tak anda menolong orang?

Jika ada, anda orang yang baik hati dan tahu menghargai hidup orang lain. Syabas dan teruskan!

Menolong orang akan mengukuhkan ikatan persahabatan dan persaudaraan. Utamakan yang dekat dan kita sayang.  Adik beradik nombor satu.

Jangan pula jadi kera di hutan disusukan, anak di rumah dibiar kelaparan.

Kita tidak hanya menghargai orang yang sedang atau akan kita tolong, tetapi juga menghargai diri sendiri, sekali gus membina hubungan baik dengan mereka serta rasa yakin untuk menghadapi kehidupan sehari-hari.

Dengan amalan ini, hati kita jadi tenang dan bangga walau hanya dalam bentuk pertolongan kecil yang sangat bernilai di sisi Allah.

Banyak pengajaran yang akan kita dapat dengan menolong orang. Kita boleh jadi insaf dan sedar diri dengan kepayahan orang. Ia motivasi diri yang sangat terkesan. Kita juga membantu diri sendiri untuk menjadi lebih baik.

Pertolongan ikhlas kerana Allah meningkatkan ketahanan hati dan mampu melawan perasaan negatif di dalam diri.

Malah ia turut melahirkan rasa syukur dan memberi pengajaran untuk menghargai apa yang sudah kita miliki.

Pada masa sama, kita akan menjadi lebih menyayangi antara satu sama lain.

Beban berat yang membuat seseorang itu menderita dan sedih akan terasa ringan apabila dia dibantu sehingga kesusahan dan kesedihan yang ditanggung hilang.

Ingatlah...

Membantu orang di dalam kesusahan juga satu ibadah yang Allah suka. Ramai yang tidak tahu dan menyifatnya sebagai satu beban.

Sedangkan membantu sesama manusia yang perlu pertolongan itu juga adalah antara ladang pahala yang Allah sediakan untuk kita rebut.

Kita menolong bukan kerana nama atau harapkan pujian tetapi atas rasa tanggungjawab dan ihsan sesama manusia. 

Nawaitu mesti jelas dan ikhlas.

Pertolongan bukan setakat wang ringgit tetapi juga sokongan moral serta penyucian jiwa agar mereka yang tertekan dengan masalah dapat ditenangkan.

Berkongsilah kepakaran dan ilmu yang kita ada untuk membantu. Rugi disimpan tanpa dimanfaatkan. Selami hati mereka. Korek rahsia yang terpendam dan layan mereka meluahkan perasaan.

Jadilah pendengar setia. Relakan mereka bersandar di bahu.

Ada masa mereka tidak membuka mulut. Mungkin malu. Kita harus faham. Teruskan usaha, lambat laun suara mereka akan kedengaran juga.

❤️🌹 Orang yang buat sibuk selalu bising, orang yang kuat berkerja biasanya diam. ❤️🌹

0
0
0
0
0

Copy Link: