KONGSI MINDA BERSIH JIWA: DI MANA KASIH, DI MANA SAYANG?
Published byAssalamualaikum dan selamat pagi. Kongsi minda bersih jiwa.
Renungan.
Di mana kasih, di mana sayang
Tanpa kasih sayang jiwa kosong
Kasih sayang seperti matahari dan bulan, bercahaya di siang hari dan malam mengikut giliran tanpa jemu. Sentiasa ada. Setia meniti masa.
Tanpa salah satu.. Dunia kelam kabut.
Hidup pun huru hara. Semua akan bersedih.
Gundah gulana dan hiba.
Manusia perlukan kasih sayang.
Jiwa tanpa kasih sayang bagai rumah yang kosong. Sepi dan sunyi.
Tidak semua orang yang kita sayang akan sayang kita. Bersedia untuk tidak disayangi. Jika kasih sayang itu suci dan ikhlas, maka akan ikhlas juga sesuatu perhubungan itu. Begitu juga sebaliknya.
Kasih sayang juga seperti sinar matahari.
Panas dan menyakitkan. Tapi tetap membawa kegembiraan kepada manusia.
Memberi tanpa harap balasan. Asal manfaat untuk semua sudah membahagiakan.
Demikian nilai kasih sayang.
Biasanya orang yang sayang kita adalah orang yang tak pernah berterus terang kerana takut ditolak. Dan bila masa mereka hilang dari sisi…. baharu kita sedar betapa pentingnya mereka di dalam hidup kita.
Kasih sayang suatu yang indah, ia boleh buat kita gundah, buat hati berdarah dan juga boleh membawa kesalan yang tak sudah bila ia mula berpaling arah.
Ingatlah.
Sesekali kita perlu diuji untuk mengenal erti bahagia dan kejayaan. Sesekali kita perlu menangis untuk mensyukuri nkmat yang dberi Allah dan mengenal diri sendiri.
Setiap orang akan mengalami perasaan kasih sayang ini di dalam hidup mereka, dan fikirkanlah, siapa sebenarnya yang perlu kita sayang dan cara bagaimana mempertahannya.
Di mana kasih, di mana sayang?
Di penghujung pencarian, Inilah jawapannya.
Hakikatnya
Cinta kepada Allah SWT
Adalah lebih hakiki dan abadi
Kasih sayang-Mu Tuhan,
Itu yang perlu kita dambakan.
Dengan rahmat-Mu,
Dengan kasih sayang-Mu
Ampunilah dosa-dosa kami
Aamiin.
❤️🌹 Cinta akan pergi, kasih sayang akan bertahan🌹❤️