JAGALAH HATI, NILAINYA TINGGI, URUSLAH SUPAYA TAK MATI

Published by
KitaReporters
ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi. 

Kongsi minda, bersih jiwa.

Renungan.

Nilai sekeping hati sangat tinggi

Mengurus hati supaya tidak mati

Peribadi yang mulia dalam diri seorang manusia, hadir bersama hatinya yang luhur dan murni dan mereka sentiasa menjaga hatinya, supaya tidak menyakitkan hati orang lain.

Jangan termasuk di kalangan mereka yang ada penyakit hati. Bahaya dan boleh merosakkan.

Awasi mereka yang ada penyakit hati dan hasad dengki.

Mereka yang sentiasa tidak tenang melihat kejayaan dan kegembiraan orang lain. Mereka yang tidak selesa melihat orang lain berjaya lebih daripada mereka.

Di mata mereka, ada sahaja yang tidak kena. Mereka selalu cari gaduh.

Sentiasa cari sebab untuk berdengki dengan orang walau hanya dengan perkara kecil.

Kenapa mesti iri hati?

Kan elok berlapang dada, ikhlaskan hati.

Lagi aman hidup, tak berserabut.

Buanglah penyakit hati dari dalam diri kita.

Hidup jangan terlalu cemburu dengan kelebihan orang lain sebab setiap orang ada kelebihan dan kekurangan mereka, sama macam kita.

Sepatutnya kita positif dengan pencapaian orang lain. Tumpang seronok dan bangga. Kalau kita lapang hati, lapang pula rezeki.

Itu janji Allah.

Kita harus selalu ingat, rezeki kita dengan orang tidak sama.

Didik hati untuk menerima apa yang Allah bagi dan berusaha mencari lebih.

Selalulah belajar merasa cukup dengan apa yang kita miliki. Lapangkan hati, jangan sempitkan.

Masalah dengan kita, usaha tidak, cemburu yang lebih.

Allah janji penyembuh dari segala penyakit hati adalah dengan banyakkan zikir dan mengingati-Nya. Insya-Allah, hati akan menjadi lebih tenang.

Mengurus hati sangat mudah.

Guna akal, kurang bercakap. Positif.

Semakin negatif hati kita, semakin banyak Allah tarik rezeki. Tetapi jika bersyukur, pasti Dia melipat gandakan rezeki kita lagi.

Penyakit hati juga menghapus kebaikan dan kebahagian yang kita cari. Ia menyebabkan kita hidup dalam tekanan dan kekecewaan.

Baca hati kita, adakah hati kita senang melihat orang lain susah, jika ya, maknanya hati kita tengah sakit. Dan segera ubatinya sebelum hati itu mati.

Banyakkan syukur, banyakkan istighfar.

Ingatlah...

Jangan ambil mudah soal hati.

Jom kita sama-sama membersihkan hati dan diri kita daripada sifat negatif ini. Jika kita berusaha menghindari penyakit hati ini, insya-Allah, hidup kita akan lebih bahagia.

Semuanya bermula dari hati.

Hati yang bersih adalah bagaimana seseorang menilai perbuatannya di masa akan datang atau yang sedang dilalui saat ini dengan memilih perkara yang positif dan menolak yang negatif.

Sepertinya juga budi pekerti, hati juga perlu diajar untuk menjadi nakhoda kehidupan yang bijak membaca angin.

❤️🌹 Dalam hati ada taman. Dalam taman ada bunga. Hidup biar selalu aman, harap bahagia sampai ke syurga ❤️🌹

1
0
0
0
0

Copy Link: