Tahniah Dr Ahmad Shabudin dari KUIPs! Dilantik pakar perunding bagi penubuhan Lembaga Ruminan Negara!
Published byPengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMIC) Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Prof Madya Dr Ahmad Shabudin Ariffin dilantik sebagai Pakar Perunding Kajian Kebolehlaksanaan Penubuhan Lembaga Ruminan Negara bagi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mulai 14 Oktober 2024 hingga 13 Oktober 2025.
Pelantikan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bertarikh 7 Oktober 2024 ini diterima oleh Dr Ahmad Shabudin pada 8 Oktober 2024 lalu.
Pelantikan pensyarah Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan KUIPs ini bagi membantu kementerian untuk menubuhkan Lembaga Ruminan Negara yang menjadi badan utama dalam menyelaras dan memperkukuh pembangunan industri ruminan di Malaysia.
Dr Ahmad Shabudin Ariffin
Dr Ahmad Shabudin yang ditemui berkata, pelantikan beliau juga bagi memutuskan kebolehlaksanaan kesesuaian penubuhan lembaga ini sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat berketepatan dengan usaha untuk merapatkan hubungan dengan industri terutama dalam input penyelidikan.
Katanya, MARDI telah dilantik untuk menyelaras dan menjalankan kajian kebolehlaksanaan penubuhan lembaga berkenaan melalui peruntukkan pembiayaan yang telah disalurkan kepada institut itu.
Antara peranan beliau ialah bertanggungjawab terus kepada Pengarah Projek Kajian dan menyedia serta memberikan maklum balas kepada Pengarah Projek seperti mana diperlukan untuk memenuhi skop laporan kajian yang akan disediakan.
Pada masa yang sama, beliau juga bertanggungjawab menyediakan laporan mengikut ketetapan yang telah ditentukan dalam skop yang dipersetujui dalam cadangan yang dikemukakan termasuk melibatkan diri dalam lawatan atau mesyuarat yang diadakan bagi tujuan laporan penyediaan kajian ini.
Moga dengan pelantikan ini memberikan juga keterlihatan kepada KUIPs yang membenarkan kakitangannya terlibat sebagai pasukan perunding kepada MARDI dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Manakanan dikehendaki oleh Pusat Penyelidikan Sosioekonomi, Risikan Pasaran dan Agribisnes (ES) institut yang bertanggungjawab kepada MARDI. - KitaReporters/Kenyataan Media