Lebih 1,000 orang menyaksikan siaran langsung Facebook dan hadir di Masjid AlHaramain Universiti Fatoni, Thailand pada 6 September 2023 (Rabu) lalu untuk mendapatkan ilmu berkaitan Harmoninasi dalam Pengamatan Agama Islam.

Pegawai pejabat Timbalan Rektor Akademik dan Antarabangsa Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Muhamad Shazwan Kassim berkata, panel program ini terdiri daripada Rektor KUIPs, Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle dan Sheikh Wan Syukri Wan Ismail serta moderatornya ialah Prof. Dr. Muhamad Amin Koya.


Panel yang menjayakan forum di Masjid AlHaramain Universiti Fatoni, Thailand.


Program yang diadakan selepas maghrib bermula jam 7:00 petang sehingga 9:00 malam (waktu Thailand) di Masjid AlHaramain Universiti Fatoni, Thailand itu bukan sahaja dihadiri staf dan pelajar Universiti Fatoni, malah penduduk di kawasan itu juga hadir bersama untuk menyaksikan secara langsung di masjid itu.

Program yang dianjurkan ini diharap dapat mendekatkan hubungan KUIPs yang kini telah menjangkau usia 10 tahun dengan institusi pendidikan di luar negara khususnya di Selatan Thailand.


Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle berbual dengan penduduk yang hadir.


Penduduk menyaksikan forum yang dianjurkan.


Selain itu, objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat setempat tentang konsep harmonisasi daripada perspektif Islam sambil mewujudkan kesedaran tentang peranan setiap individu dalam kehidupan sebagai orang Islam.

Justeru itu, pihak KUIPs akan terus komited untuk menganjurkan forum, dialog dan diskusi ilmiah agar dapat meningkatkan kefahaman kepada masyarakat tentang pengamatan dalam agama Islam. - KitaReporters/KUIPs 


Moga kehadiran penduduk disini dapat meningkat pengetahuan mereka nanti. 

13
13
0
11
0

Copy Link: