Dr. Mohd Yusoff  Md Nor.


SERAMAI 184 kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang memberi perkhidmatan dan sumbangan cemerlang sepanjang tahun 2022 menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). 

Penerima adalah terdiri daripada 49 orang Staf Akademik, 33 orang Staf Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta102 orang Staf Kumpulan Pelaksana

Pro-Canselor UniSZA, Tan Sri Dr. Mohd Yusoff  Md Nor, hadir menyampaikan APC berkenaan pada majlis yang berlangsung di Dewan Konvokesyen Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu pada Isnin 17 Oktober 2023. 

Hadir sama, Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Fadzli Adam, Ahli-ahli Pengurusan Universiti dan Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab. 


Penerima APC Unisza bergambar kenangan bersama Dr. Mohd Yusoff . - Kredit gambar: Media UniSZA


Ketika berucap pada majlis itu, Dr. Fadzli Adam berkata, dalam pelayaran sesebuah institusi, kebersamaan (togetherness) adalah aspek terpenting bagi memastikan segala pelan dan perancangan dapat diterjemahkan kepada tindakan, seterusnya hasil yang cemerlang.

“Elemen Togetherness - Trust, Enjoy, Teamwork, Honesty, Respect, Nice, Encouragement dan Support dapat memacu universiti ke arah pengurusan mudah didekati (approachable), kolektif (collective) dan cekap (efficient).

“Selaras dengan tema Majlis ini juga, saya yakin dengan adanya prinsip kebersamaan (togetherness) dan rasa tanggunggjawab terhadap amanah yang diberikan, sudah pasti akan dapat membentuk staf UniSZA yang memiliki DNA sebagai penjawat awam yang berintegriti, pantas dan profesional bagi memastikan reputasi perkhidmatan awam khasnya UniSZA berada pada tahap yang tinggi”, katanya pada pada majlis berkenaan.


Sebahagian tetmu jemputan yang  turut hadir memeriahkan majlis


Katanya lagi, pada tahun ini juga, terdapat perbezaan dengan tahun sebelumnya kerana turut diadakan Anugerah Pentadbir Universiti (APU) dan Anugerah Akademik Universiti (AAU). 

“Seramai tiga orang penerima Anugerah Pentadbir Universiti bagi kategori Anugerah Tokoh Pentadbir (Pelaksana), Anugerah Tokoh Pentadbir (Pengurusan & Profesional), dan Anugerah Kepimpinan Ketua Pusat Tanggungjawab.

“Anugerah ini adalah sebagai galakan kepada warga kerja UniSZA untuk meningkatkan kecemerlangan dan memupuk budaya kerja yang baik dalam diri individu dan UniSZA dan menerima wang tunai sebanyak RM1,000, trofi dan sijil,” katanya.


Dr. Mohd Yusoff menyampikan sijil penghargaan


Tambahnya lagi, bagi Anugerah Akademik Universiti (AAU) pula, seramai 11 orang penerima daripada 6 kategori utama antaranya Anugerah Tokoh Akademik, Hadiah Penghargaan Akademik Muda, Anugerah Pengajaran (Kategori Sastera dan Sains Sosial, Kategori Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan), Anugerah Penerbitan Buku (Kategori Sains Sosial dan Kemanusiaan (Pengurusan) dan Kategori Sains Sosial dan Kemanusiaan (Agama)), dan Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal (Kategori Sastera dan Teknologi).

Majlis pada hari ini turut meraikan seramai 21 orang insan-insan yang menyumbangkan jasa dan bakti yang bernilai kepada dunia pendidikan khususnya di UniSZA dan mereka ini memiliki kelebihan yang pelbagai yang merupakan pelengkap dalam pasukan UniSZA. - KitaReporters

19
7
0
20
0

Copy Link: