Program Tautan Mahabbah pada kali ini (2023) mengetengahkan konsep berkongsi rezeki bersama komuniti yang memerlukan bantuan. 

Program yang dijalankan pada tarikh yang sangat istimewa bersempena Nuzul al-Quran pada 8 April 2023, telah berjaya menyerahkan sumbangan lebih RM13,000 kepada pengurusan Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf As-Solihin di Kanchong Darat, Banting yang merangkumi kelengkapan peralatan rumah seperti gantian kipas siling yang baharu, almari pakaian untuk penghuni, sumbangan baju raya, duit raya dan juga keperluan asas yang lain.

Sumbangan daripada para alumni, individu dan badan korporat ini telah diserahkan oleh Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud kepada pengasas Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, Molyana Mahmud. 


Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud menyerahkan sumbangan kepada Molyana Mahmud.


Dengan penyerahan sumbangan ini ARCUPM telah melaksanakan sebahagian daripada amanah yang diberikan oleh para alumni, individu dan badan korporat di luar sana yang telah menyampaikan sumbangan masing-masing untuk diagihkan kepada komuniti dan mereka yang memerlukan.

“Program Tautan Mahabbah yang sudah pun memasuki tahun ketujuh penganjurannya dan pada tahun ini (2023), ARCUPM telah berjaya mendapat sumbangan yang besar daripada para alumni khususnya alumni UPM Prof. Madya Dr. Hamisah Hassan. 


Para pelajar turut serta dan melayan anak-anak Rumah As-Solihin.


"Beliau sejak beberapa tahun penganjuran Porgran Tautan Mahabbah ini telah secara konsisten menjadi penyumbang individu dengan jumlah yang besar. 

"Sesungguhnya, apa yang diusahakan ini adalah cerminan komitmen para alumni UPM dalam menjayakan misi universiti terutamanya apa yang dihasratkan oleh Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Roslan Sulaiman iaitu untuk mengeratkan dan memperkukuh jalinan kerjasama di antara alumni dan komuniti serta universiti. 


Almari pasang siap sumbangan daripada para alumni UPM.


"ARCUPM juga mensyga sumbangan dari segi kepakaran daripada alumni untuk kita rancakkan dan sebarkan lagi manfaat kepada komuniti selaras dengan konsep UPM sebagai sebuah menara ilmu. 

"Ini selaras dengan slogan ‘berilmu berbakti’ itu dapat memperlihat kecaknaan warga UPM terhadap program yang dijalankan dan seterusnya dapat bersama-sama melestarikan dan dimantapkan lagi pada masa akan datang,” ujar beliau pada sesi penyerahan sumbangan kepada Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf As-Solihin.


Kerja-kerja menukar kipas siling yang sudah uzur kepada yang baharu.

Secara keseluruhannya Program Tautan Mahabbah 7.0 akan disusuli dengan Program Mawaddah Ramadan yang lebih berfokus kepada pelajar UPM dengan penganjuran Iftar Mega iaitu pemberian pek berbuka puasa secara percuma kepada semua pelajar dan warga UPM.  

Konsep berkongsi rezeki itu diseimbangkan antara menyantuni komuniti dan pada masa yang sama tidak melupakan pelajar UPM itu sendiri yang juga ada dalam kalangan mereka daripada keluarga B40 dan asnaf.

Kesimbangan ini memperlihat program yang dijalankan mengambil kira keperluan semua masyarakat dalam konteks melahirkan masyarakat madani yang maju dari segi pemikiran dan juga kerohaniannya. - KitaReporters


10
16
0
15
0

Copy Link: