Bagi kukuhkan hubungan akademik Malaysia-Uzbekistan! UUM meterai 1 MoU, 5 LoI dengan 6 IPT Uzbek!
Published byDr. Zambry Abd Kadir tiba di UPSI bagi merasmikan Forum Pendidikan Tinggi Malaysia-Uzbekistan pada 4 Februari 2025.
Universiti Utara Malaysia (UUM) memperkukuh kerjasama akademik dengan enam institusi pendidikan di Uzbekistan melalui satu Memorandum Persefahaman (MOU) dan lima Surat Hasrat (LOI) pada 4 Februari 2025.
Langkah strategik ini diambil bagi memperkukuh hubungan akademik antarabangsa, khususnya dalam bidang kewangan, perbankan, keusahawanan, dan pendidikan tinggi.
Dr. Zambry Abd Kadir bergambar selepas majlis perasmian.
Melalui LOI dengan Banking and Finance Academy of Uzbekistan (BFA), ia bertujuan membangunkan program pascasiswazah dalam kewangan dan perbankan, melibatkan bidang Perakaunan Antarabangsa, Percukaian, Pengurusan Risiko, serta Kewangan dan Perbankan Islam.
Manakala MOU dengan Termez State University (TerSU) pula bagi merancang penubuhan pusat akademik luar pesisir di Wilayah Surkhandarya yang menawarkan program bertaraf antarabangsa dengan pemantauan kualiti berasaskan piawaian AACSB.
LOI dengan Namangan State University pula memfokuskan kepada penubuhan pusat keusahawanan sebagai hab latihan dan penyelidikan bagi memperkasa bidang keusahawanan di Wilayah Namangan.
Dalam pada itu LOI yang ditandatangani dengan Navoi State University pula bertujuan membangunkan program akademik bersama dalam bidang ekonomi, pengurusan, dan teknologi kewangan serta menggalakkan pemindahan ilmu dan penyelidikan.
Prof Dr Mohd Foad Sakdan (tiga dari kanan) bergambar dengan delegasi Uzbekistan.
Kerjasama ini dijangka memberi impak dan manfaat besar kepada kedua-dua negara melalui peningkatan kualiti pendidikan tinggi, pemindahan ilmu dan pembangunan tenaga kerja mahir dalam bidang berkaitan.
Melalui program pada 4 Februari 2025 ini, UUM juga pastinya memperkukuh kedudukannya sebagai institusi pendidikan bertaraf antarabangsa yang membuka lebih banyak peluang kerjasama pada peringkat global.
"Kita yakin dalam tempoh 12 bulan perjanjian LOI yang ditandatangani ini berpotensi dimuktamadkan menjadi Memorandum Perjanjian (MOA) bagi merealisasikan pelaksanaan program yang dipersetujui dan membawa impak positif kepada sektor pendidikan dan ekonomi kedua-dua negara nanti," ujar Naib Canselor UUM Prof Dato' Dr Mohd Foad Sakdan.
Prof Dr Mohd Foad tertarik dengan cenderamata daripada Uzbekistan.
Majlis menandatangani LOI ini turut disaksikan oleh wakil daripada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia serta pemimpin akademik dari Uzbekistan.
Kedua-dua pihak berharap agar perjanjian ini dapat diperkukuh melalui pelaksanaan program yang dirancang dalam masa terdekat.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diberi penghormatan menjadi penganjur Forum Pendidikan Tinggi Malaysia-Uzbekistan Kali Pertama yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.
Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir. Hadir sama menyampaikan ucapan ialah Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Inovasi, Uzbekistan, Konratbay Sharipov. - KitaReporters
Gambar kenangan bersama semua delegasi sebelum majlis bermula.