Berita Terkini| MPM iktiraf 2 jenis kelayakan kepakaran perubatan! Pendaftaran pakar dalam NSR!
Published byGambar hiasan... MPM telah iktiraf dua jenis kepakaran perubatan bagi tujuan pendaftaran pakar di dalam NSR. - Kredit foto: FMT
MAJLIS Perubatan Malaysia (MPM) telah mengiktiraf dua jenis kelayakan kepakaran perubatan bagi tujuan pendaftaran pakar dalam National Specialist Register (NSR) atau Pendaftaran Pakar Kebangsaan.
Presidennya,
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pengiktifaran itu melibatkan kelayakan
dalam negara ditawarkan oleh Pemberi Pendidikan
Tinggi (PPT) tempatan awam atau swasta dan kelayakan luar negara yang ditawarkan
sepenuhnya di negara asal atau kerjasama dengan PPT tempatan.
“Bagi
kelayakan dalam negara, PPT perlulah berdaftar bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Program latihan kepakaran perubatan ini diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
menggunakan “Malaysian Standards for Medical Specialist Training” sebelum
diiktiraf MPM.
“Manakala bagi kelayakan dijalankan sepenuhnya di negara asal (luar negara), proses akreditasi MQA tidak diperlukan kerana program ini adalah di bawah badan akreditasi negara masing-masing.
“Namun jika
ditawarkan secara kerjasama dengan PPT tempatan melalui program latihan
kepakaran perubatan dalam negara pula, perlulah melalui proses sama seperti kelayakan tempatan,” katanya
menerusi satu kenyataan pada Khamis, 26 Jun 2021.
Tambah Dr
Noor Hisham, terdapat kelayakan luar negara diiktiraf oleh MPM seperti mana yang dikenali
sebagai “Parallel Pathways” di bawah kelolaan pihak KKM.
Katanya,
pihak KKM terlibat sediakan kemudahan kepada calon-calon “Parallel Pathways”
dari segi penyediaan slot latihan kepakaran berkaitan, seliaan on-the-job
training dan bantuan kewangan kepada mereka sebagai persediaan bagi menduduki
peperiksaan luar negara ini.
Ujar
beliau lagi, pengiktirafan itu hasil mesyuarat bersama pada 15 Jun 2021 antara MPM, MQA, KPT dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membincangkan
pelaksanaan proses akreditasi oleh MQA
untuk program latihan kepakaran perubatan dalam negara. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter