Kemeriahan terasa, 1.25j pengunjung! Penerbit USIM ‘berkampung’ di PABKL 2022! Pelancaran 10 buku!
Published byPENERBIT Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) ‘berkampung’ di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 yang diadakan bermula 3 hingga 12 Jun 2022.
Kemeriahan pesta buku ini dapat dirasai kerana dianggarkan seramai 1.25 juta pengunjung telah hadir sepanjang 10 hari PBAKL ini berlangsung.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan buku-buku
Dua majlis pelancaran buku telah diadakan sepanjang PABKL berlangsung itu iaitu pelancaran buku Haji dan Umrah: Pasca Pandemik yang dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Senator Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Manakala sebanyak 9 buah buku berkisarkan Norma Baharu: Pandemik Covid-19 pula dilancarkan oleh Prof Ts. Dr Sharifudin Md Shaarani (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor.
Beberapa aktiviti promosi turut dijalankan di reruai MAPIM antaranya adalah Segmen Biar Buku Bicara, 15 Minit Buku Den dan Shoppe Live. - KitaReporters