Bukan sekadar hasilkan tenaga mahir! IKBN Jitra turut lahirkan modal insan berilmu dan berakhlak!
Published byInstitut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra bukan sahaja menjadi pusat latihan kemahiran teknikal dan vokasional malah turut menitikberatkan pembangunan sahsiah dan nilai keagamaan dalam kalangan pelajarnya.
Pengarah IKBN Jitra, Norhazita Kamaludin, dalam ucapan perasmiannya pada Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana 2025, menekankan kepentingan pendidikan holistik yang menggabungkan aspek akademik, kemahiran dan spiritual.
Beliau turut menggalakkan para pelajar untuk terus beristiqamah dalam membaca serta memahami isi kandungan al-Quran sebagai panduan hidup.
Norhazita Kamaludin.
Seiring dengan misi
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam memperkasakan generasi muda melalui
latihan kemahiran, IKBN Jitra terus berusaha menyediakan persekitaran
pembelajaran yang kondusif.
Selain kursus dalam bidang mekanikal, elektrikal, tekstil dan automotif, institut ini juga aktif menganjurkan program kerohanian bagi memastikan pelajar bukan sahaja cemerlang dalam bidang kemahiran tetapi juga memiliki akhlak yang terpuji.
Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana ini membuktikan komitmen IKBN Jitra dalam membentuk modal insan yang seimbang dari segi ilmu dan keperibadian.
Norhazita Kamaludin menyampaikan cenderamata kepada peserta lelaki.
Norhazita Kamaludin menyampaikan cenderamata kepada peserta perempuan.
Diharapkan program sebegini akan terus menjadi tradisi tahunan sekali gus menyemai rasa cinta terhadap al-Quran serta memperkukuh hubungan ukhuwah dalam kalangan warga IKBN Jitra. - KitaReporters
Majlis seperti ini pastinya mengeratkan hubungan antara warga IKBN Jitra.
