SEBAHAGIAN para penonton yang menyaksikan Pertandingan Karaoke Retro 60-an `Pop Yeh Yeh' di Dewan Terbuka UCB, Setiu, Terengganu


PERTANDINGAN Karaoke Retro 60-an Pop Yeh-Yeh bergema serta disambut dengan sorakan dalam kalangan pelajar di University College Bestari apabila seorang pelajarnya, Mohamad Shahrizal Aizam Mohd Rizalman, 21, dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan itu pada malam 2 Oktober 2022 lalu. 

Dengan kemenangan itu, Mohamad Shahrizal yang turut memenangi persembahan terbaik dengan lagu Kenanganku dan berjaya mengalahkan 25 peserta lain dan memperolehi hadiah wang tunai RM300 berserta piala johan dan piala pusingan Pengerusi Lembaga Pengelola UCB, Prof. Datuk Dr. Tengku Mahmud Mansor.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan irama pop yeh-yeh

MOHAMAD Shahrizal Aiman (tengah), Faizal (kiri) dan Wan Azrin Husaini bersama hadiah kemenangan masing-masing


Pertandingan karaoke yang julung kali diadakan oleh UCB atau Kolej Universiti Bestari di Setiu, Terengganu itu, naib johan dimenangi peserta Faizal Mohamad, 36, dari Kampung Bari Besar, Setiu, yang membawa lagunya  Kau Pergi Tanpa Kerelaanku. Faizal yang turut mendapat hadiah wang tunai dan sebuah piala.

Tempat ketiga dalam pertandingan akhir yang disertai 25 peserta lain itu disandang oleh Wan Azrin Husaini Wan Abdul Ghaffar, 26, dari Kampung Seri Bayas, Setiu dengan lagu Suzana.


PESERTA peringkat akhir bersama Tengku Mahmud Mansor (tengah) dalam Pertandingan Karaoke Retro 60-an Pop Yeh-Yeh di UCB, Setiu, Terengganu pada 2 Oktober 2022 


Semua hadiah pemenang dan sagu hati peserta pertandingan disampaikan oleh Tengku Mahmud. 

Hadir sama di program itu ialah Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UCB, Prof. Madya Abdul Razak Salleh dan Pengarah Pengurusan Asrama dan Kebajikan UCB, Zainudin Harun.


MOHAMAD Shahrizal sedang menyampaikan persembahan lagu Kenanganku


Sementara itu, Tengku Mahmud ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah berkata, antara lain program yang pertama kali dianjurkan itu bertujuan untuk merapatkan golongan pelajar dengan masyarakat setempat

Menurutnya, melalui aktiviti seumpama itu ia secara tidak langsung para pelajar dapat beramah mesra dengan masyarakat luar yang datang menyaksikan pertandingan tersebut.

Tengku Mahmud berkata, pihaknya bercadang untuk menjadikan acara berkenaan setiap tahun kerana ia merupakan salah satu kegiatan para pelajar universiti itu dengan masyarakat setempat.



 

MOHAMAD Shahrizal dan Faizal (bawah) menerima hadiah pertandingan yang disampaikan oleh Tengku Mahmud Mansor


``Dalam hal ini, kita bukanlah mengasuh para pelajar yang mengikuti pengajian di UCB supaya terlibat dalam dunia hiburan.

``Sebaliknya, bidang akademik juga diberi penekanan terhadap mereka dan apa yang kita lihat dengan penganjuran pertandingan karaoke ini, para pelajar mengambil peluang membuka beberapa gerai makanan dan minuman untuk dijual kepada penonton yang datang menyaksikan acara itu,’’ katanya. 

Program tersebut dilihat bertambah meriah kerana sebelum Pertandingan Karaoke Retro 60-an Pop Yeh-Yeh bermula, persembahan dikir barat diadakan dari Kumpulan Dikir Barat Panglima Setiu. - KitaReporters


DUA juri yang mengadili pertandingan

 

17
10
0
10
0

Copy Link: