Syabas Pasukan Debat Bahasa Arab USIM! Naib Johan Pertandingan Akhir Debat Diraja Antara IPT 2023!
Published byPasukan Debat Bahasa Arab Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus mencipta kejayaan di pentas debat universiti apabila muncul Naib Johan dalam Pertandingan Akhir Debat Diraja antara Institusi PengajianTinggi (IPT) 2023 yang berlangsung pada 18 Disember 2023 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.
Perasmian Penutupan Debat Diraja telah disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Barisan pendebat USIM dibarisi Muhamad Afiq Arsyad Awang@Tarmizi, mahasiswa Tahun 4 Fakulti Ekonomi Dan Muamalat sebagai Ketua
Kumpulan; Haafizah Mohd Rosli, Tahun 4 Dari Fakulti Syariah Dan
Undang-Undang; Maisarah Ahmad Azmi, Tahun 3 dari Fakulti Syariah Dan
Undang-Undang; dan Muhammad Shabil Irfan Bin Mohamad Sabri, Tahun 3 dari Fakulti
Ekonomi Dan Muamalat.
Bertindak sebagai Kerajaan bertemu pasukan Universiti Malaya (UM) sebagai Pembangkang membahaskan usul bertajuk sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama, dewan ini akan membina naratif sejarah palsu demi keharmonian sosial.
Muhamad Afiq Arsyad Awang@Tarmizi dalam ucapannya
berkata persiapan pasukan sebelum pertandingan agak mencabar kerana latihan yang
dijalankan kebanyakannya adalah pada waktu malam.
“Masanya agak singkat untuk kami membuat latihan seperti mencari
dan memahami fakta, memperbaiki Bahasa Arab dan sparring debat, namun komitmen
dari seluruh keluarga debat tidak pernah menjadikan latihan itu memenatkan
tetapi penuh dengan manfaat dan ilmu”, ujarnya.
Beliau menambah lagi, ini merupakan hadiah terbaik buat dirinya dan juga Kelab Debat Arab Al Muthla USIM.
"Hasil bantuan dan nasihat serta didikan oleh jurulatih Ustaz Syafwan dan senior yang tak jemu menurunkan ilmu kepada saya dan ahli-ahli lain.
"Kejayaan ini bukanlah dari usaha saya sahaja, tapi dari seluruh keluarga Debat Bahasa Arab USIM," ujarnya yang merangkul Pendebat Terbaik Keseluruhan kategori Bahasa Arab.
Turut hadir ke program ini adalah Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi; Dato’ Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT; Profesor. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah KPT; dan Profesor Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM.
Pertandingan Debat Diraja Edisi Ke-24 ini disertai 85
buah IPT yang merangkumi 28 universiti awam dan swasta di Malaysia telah
bermula pada 17 November 2023 bagi tiga kategori iaitu Kategori Bahasa Melayu, Bahasa
Inngeris dan Bahara Arab.
Antara universiti yang turut bertanding adalah daripada Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti
Malaya (UM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), dan Universiti Putra
Malaysia (UPM). - KItaReporters/USIM