Pendidikan Bahasa Etnik! Belajar bahasa Kadazandusun, Iban dan Semai di UPSI! Yayasan Bank Rakyat taja!
Published byPelajar Program Saluran Bitara membuat pendaftaran di Kolej Za’ba, Kampus Sultan Azlan Shah.
UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak, menerima kemasukan pelajar baharu Program Saluran Bitara di Kolej Za’ba, Kampus Sultan Azlan Shah, pada 20 Oktober 2024.
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UPSI, Profesor Dr Abdul Rahim Razalli, berkata 111 pelajar yang mendaftar adalah daripada 47 pelajar yang mengambil jurusan Bahasa Etnik iaitu Kadazandusun, Iban dan Semai.
Menurutnya, manakala 44 yang lain mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu, 17 lagi Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan tiga pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di bawah Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE).
“Ini adalah kali pertama diadakan pengambilan Saluran Bitara
di bawah UPSI Holdings dan pelajar mula menjalani minggu orientasi bermula Isnin sehingga Rabu dan sesi kuliah
bermula Khamis 24 Oktober.
“Mereka mendaftar dan menghuni di Kolej Za’ba, Kampus Sultan Azlan Shah bersama-sama pelajar ijazah pertama yang lain,” katanya.
Petugas menyantuni dengan baik dan membantu pelajar Program Saluran Bitara membuat semakan pendaftaran.
Sementara itu, Dekan Fakulti Bahasa dan Komuniksi (FBK), Prof Madya Dr Mazura @ Mastura Muhammad, berkata 30 pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Etnik Dengan Kepujian yang ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Bank Rakyat.
Menurutnya, sebelum itu FBK hanya menawarkan program
pengajian Bahasa Kadazan Dusun dan Iban sebagai kursus minor yang kebanyakannya diikuti pelajar dari
Sabah dan Sarawak.
Tambahnya, baru-baru ini FBK menerima sumbangan RM7.5 juta daripada Yayasan Bank Rakyat sebagai usaha menggerakkan program pengajian Bahasa Etnik dan bertujuan untuk kemampanan bahasa etnik.
Pelajar Program Saluran Bitara merakamkan kenangan selepas mendaftar.
Ketika menyampaikan sumbangan itu di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah baru-baru ini, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, berkata pembiayaan pendidikan itu khusus bagi mahasiswa yang mengambil pengajian bahasa etnik Kadazan Dusun, Iban dan Semai.
Beliau berharap ia dapat memperlihat identiti Malaysia sebagai sebuah negara yang berlatarbelakangkan bahasa yang berbeza. - KitaReporters
Petugas merakam kenangan selepas mendaftar pelajar Program Saluran Bitara.