Oleh: Mejar (B) Norzilah Aziz


BERTEMAKAN Kasih Keramat Sejati, program Universiti Utara Malaysia (UUM) Hargai Ibu Bapa (UMI) dijadualkan 20 November 2021 ini bakal disertai seramai 12,253 penuntut Pusat Kokurikulum UUM secara dalam talian.

Program UMI 2021 yang akan bersiaran langsung dari Dewan Budi Siswa, Pusat Budaya dan Seni UUM selama dua jam bermula 10 pagi itu boleh diikuti menerusi FB Live Pusat Kokurikulum UUM.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UUM


MOHAMAD ZAKI AHMAD


Pengarahnya, Dr Mohamad Zaki Ahmad berkata penganjuran program UMI sebagai salah satu bentuk terjemahan bagi mengenang jasa ibu bapa sekali gus menzahirkan penghargaan serta pengiktirafan kepada kedua-dua insan berkenaan.

“Jasa kedua-dua ibu bapa tidak ternilai harganya kerana mereka adalah insan terpenting dalam kehidupan kita.

“Kami berharap UMI  menjadi pengiktirafan untuk mengenang jasa ibu dan bapa yang berjaya mendidik anak-anak hingga ke menara gading sekali gus memberi pengiktirafan pula bila bergelar mahasiswa di UUM.

“Inilah terjemahan dan pengiktirafan kita melalui program secara langsung dalam talian yang dibawa dari sebuah Universiti Pengurusan Terkemuka untuk menghargai UMI,” katanya lagi.



Selepas tayangan Video Negaraku dan Biru Warna, lagu medley pembukaan bertajuk UMI: Kasihnya Ibu akan disampaikan secara live oleh TaJi Band yang baharu sahaja ditubuhkan bersempena UMI 2021 ini, diikuti pula oleh drama pendek hasil persembahan pelajar Sub Unit Teater yang berjudul Sesal

Dr Mohamad Zaki juga akan menyampaikan lagu bertajuk Anak yang kemudiannya diikuti persembahan tazkirah, sajak, lagu medley Rendang Tak Berbuah/Kepadamu Kekasih, pantun dan beberapa pengisian persembahan seni yang lain.

“Kami berharap UMI ini akan diteruskan sebagai satu flagship program UUM dalam mengiktiraf, mengenang dan menghargai jasa dan pengorbanan ibu dan bapa yang berjaya mendidik anak-anak hingga ke menara gading dan seterusnya bergelar mahasiswa dan mahasiswi” katanya.

Semoga bentuk penghargaan terhadap ibu dan ayah seumpama ini dapat dihayati dengan sepenuh hati oleh anak-anak dan seterusnya dapat memupuk rasa kecintaan, hormat dan kenang budi secara berterusan seorang anak terhadap ibu dan ayahnya, ujar beliau lagi. - KitaReporters



Teks oleh Mejar (B) Norzilah Aziz ialah Timbalan Pengarah (Aktiviti), Pusat Kokurikulum UUM

11
9
0
9
0

Copy Link: