Tahniah! Mou USIM dengan Universiti Hadhramout, Yaman! Program mobiliti pelajar dan pertukaran staf!
Published byUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Hadhramout, Yaman.
USIM diwakili Naib Canselor, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, manakala Universiti Hadhramout diwakili Presiden, Profesor Dr. Mohammed Saeed Khanbash. MoU ini adalah hasil daripada hasil lawatan USIM yang diketuai Naib Canselor ke Kedutaan Yaman pada 10 April 2023.
Melalui
Kerjasama ini, USIM dan Universiti Hadhramout bersetuju untuk menjalinkan
kerjasama dalam pelbagai bidang antaranya penerbitan dan geran penyelidikan bersama,
program mobiliti pelajar dan pertukaran staf, pelaksanaan kursus bersama secara
dalam talian, penyeliaan bersama untuk program Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD),
penawaran program Sarjana atau PhD luar pesisir serta penganjuran bersama persidangan,
seminar dan simposium.
Profesor
Dato’ Ts. Dr. Sharifudin dalam ucapan aluannya berkata, “Melalui
MoU ini, kita dapat mempromosikan USIM dan berkongsi kepakaran untuk menarik
lebih ramai pelajar dari Yaman belajar di USIM. Setakat ini, USIM mempunyai dua
orang pelajar sarjana muda dari Yaman dan 24 pelajar pada peringkat pascasiswazah.”
“Kerjasama ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan memberi impak positif dalam pembangunan sains, pembangunan modal insan dan perkongsian kepakaran dalam Dunia Islam,” ujar beliau lagi. - KitaReporters/USIM