Terima kasih Menteri! Pelajar UUM gembira penerbangan tambahan! Dapat balik kampung untuk raya!
Published byPengumuman Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengenai kekerapan penerbangan domestik sempena perayaan Aidilfitri mengembirakan semua pelajar di seluruh negara, khususya pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM.
Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Fo’ad Sakdan berkata, penambahan kekerapan penerbangan dan tambang yang dijangka tidak membebankan pelajar pastinya memberi peluang kepada mereka untuk pulang beraya bersama keluarga nanti.
Prof Dr Mohd Fo’ad Sakdan.
“Dalam siri Jelajah Moreh saya bersama pimpinan pelajar UUM, mereka bangkitkan mengenai tambang kenderaan awam ketika musim perayaan dan langkah UUM untuk mengurangkan harga tambang berkenaan.
“Saya yakin dengan kapasiti penerbangan yang akan ditambah ini sudah tentu harganya menurun kerana kapasiti tempat duduk juga akan bertambah nanti, ” kata beliau ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Pengangkutan itu sempena perayaan hari raya Aidilfitri seperti yang diumumkan baru-baru ini.
Mohd Fo’ad berharap pelajar kampus UUM akan menggunakan peluang ini untuk merayakan Aidilfitri di kampung halaman mereka nanti.
Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed.
Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed pula berkata, kelulusan penerbangan domestik oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) seperti yang telah dimaklumkan kepada pihak Kementerian Pengangkutan dalam mesyuarat Jemaah Menteri untuk kelulusan tambahan penerbangan ini, melegakan pelajar kampus ini untuk pulang beraya nanti.
“Kehadiran Syawal pastinya ditunggu oleh ahli keluarga kerana inilah masanya mereka dapat berkumpul dan merayakan hari yang mulia ini, nanakala pelajar yang tidak pulang beraya akan raikanlah bersama warga kampus nanti,” katanya.
Beliau juga mengingatkan pelajar yang akan pulang beraya dengan menggunakan kenderaan awam atau persendirian sentiasa beringat dan mematuhi had laju yang telah ditetapkan.
Muhammad Izuan Faiz Abdul Rahman.
Bagi Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UUM, Muhammad Izuan Faiz Abdul Rahman pengumuman itu amat ditunggu dan mengembirakan pelajar-pelajar di kampus ini.
“Saya menyarankan rakan-rakan sepengajian gunakan peluang keemasan yang diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan ini untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga,” katanya.
Muhammad Izuan juga mengingatkan rakan-rakan yang akan pulang beraya nanti sentiasa menjaga keselamatan dan mematuhi had laju ketika menggunakan kenderaan sendiri.
“Bagi rakan-rakan yang menggunakan pengangkutan awam pula, berhati-hatilah dan pastikan tarikh dan masa bertolak yang betul untuk ke destinasi masing-masing,” katanya lagi. - KitaReporters