UNIVERSITI Putra Malaysia (UPM) jadi universiti awam pertama menandatangani surat niat (LOI) dengan pihak Zeus Scooters dan Malaya Brothers bagi menyediakan kemudahan skuter 3 roda pertama di Malaysia kepada pelajar UPM.

Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar (KBHEP), Nuruliman Ibrahim berkata, UPM akan mengalakkan pengunaan skuter itu secara meluas di dalam kampus bagi memudahkan pergerakan pelajar untuk menghadiri kuliah serta melaksanakan aktiviti harian.

Lagi



"Pelajar UPM dapat menjimatkan duit mereka untuk tidak menggunakan perkhidmatan e-hailing dan memilih skuter sebagai pilihan

"Di samping itu, ia juga adalah satu inisiatif untuk kelestarian kampus dan pengurusan alam sekitar dalam penarafan UI-Greenmatic selaras dengan pelan strategik UPM Matlamat 5 iaitu Memperteguh Tadbir Urus Institusi, Kemampanan Kewangan dan Amalan Kelestarian Hijau.

"Pada masa hadapan, pengunaan skuter ini juga adalah usaha UPM untuk membantu pelajar berkecimpung dalam ekonomi gig secara tidak langsung sebagai penghantar makanan, barangan dan lain-lain dengan menggunakan skuter," katanya.

Surat niat (LOI) diserahkan oleh Nuruliman Ibrahim yang mewakili Naib Canselor UPM kepada pihak Pengurus Eksekutif (CEO) Zeus Scooters, Damien Young, dan Malaya Brothers, Muhammad Hakim Zin. - KitaReporters/UPM

9
17
0
6
0

Copy Link: