UNIVERSITI Putra Malaysia (UPM) muncul johan keseluruhan Kejohanan Sukan Staf Universiti Awam Malaysia (SUKUM) Ke-44 Tahun 2022 ini dengan berjaya memungut 18 emas, 19 perak dan 15 gangsa.

Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata beliau berbangga dengan pencapaian staf atlet UPM yang berjaya melayakkan UPM menjadi juara keseluruhan SUKUM 2022 ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kejohanan SUKUM 2022


“Ini kali pertamanya UPM berjaya menjadi juara dan saya berterima kasih kepada seluruh warga UPM terutama staf atlet UPM dan sukarelawan yang membantu dalam menjayakan penganjuran SUKUM.

Tambah beliau, penganjuran SUKUM adalah sebagai wadah untuk merapatkan hubungan dan kekeluargaan sesama institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara melalui sukan serta mengangkat budaya sukan di institusi masing-masing.

“Saya percaya acara sukan seperti SUKUM dapat meningkatkan lagi daya tahan mental dan fizikal sumber manusia selain berupaya meningkatkan indeks kesejahteraan dalam kalangan staf,” katanya. - KitaReporters/UPM


12
12
0
23
0

Copy Link: