Antara aktiviti program empowerNCER yang dilaksanakan untuk murid Orang Asli di sekolah-sekolah terpilih.


PROGRAM empowerNCER Akademik yang dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak bersama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) memberi impak terhadap prestasi pendidikan murid Orang Asli.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin, berkata program yang turut mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak (JPNP), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) adalah program pembangunan insan.


 

Dr Norkhalid Salimin.


Justeru, katanya, didapati berlaku peningkatan Tahap Penguasaan Murid Orang Asli berikutan banyak membantu meningkatkan tahap penguasaan murid. 

Hasil daripada keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 yang diumumkan pada 27 Mei 2023, mendapati tiga murid mencapai kejayaan cemerlang 5A.

Murid yang terbabit ialah Bless Bah Hashim dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Tajul Ariffin, Kuala Kangsar;  Sabrina A/P Juhamat dari SMK Slim, Muallim dan Zamali A/L Alang Achun dari SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakob.

SMK Bawong, Sungai Siput yang merupakan satu-satunya sekolah menengah Orang Asli di Malaysia mendapat pencapaian 100% lulus dalam kalangan murid Orang Asli.


Bless Bah Hashim (kanan) bersama ibunya, Uda Norbi Pandak Tatat gembira dengan kejayaan yang dicapai. 


“Kami menyasarkan murid yang akan menduduki peperiksaan SPM dengan 31 sekolah menengah dengan membabitkan 1,800 murid terpilih menyertai program ini.

“Sembilan daerah yang terbabit dalam program ini ialah Muallim, Batang Padang, Hilir Perak, Kampar, Perak Tengah, Bagan Datuk, Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Kinta.

“Dalam pemilihan sekolah pada kali ini, 17 sekolah rendah dipilih membabitkan 600 murid Orang Asli dari tujuh daerah terpilih sebagai peserta empowerNCER. Daerah berkenaan ialah Muallim, Batang Padang, Kampar, Perak Tengah, Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Kinta,” katanya.


Sabrina A/P Juhamat dari SMK Slim, Muallim yang memperoleh keputusan 5A.


Dr Norkhalid berkata, program empowerNCER Akademik dapat mewujudkan akses sama rata terhadap pendidikan yang berkualiti, memberi peluang pekerjaan sekali gus meningkatkan kecekapan demi mengurangkan kadar pengganguran rakyat Perak.

Menurut beliau, selain memberi impak kepada murid, ia juga dapat membuka peluang perniagaan untuk meningkatkan ekonomi pengusaha tempatan dalam pelbagai bidang bagi pelaksanaan dan keperluan program.

Jelasnya, NCIA juga memberi dana kepada sekolah bagi melaksanakan program empowerNCER Akademik untuk murid, ibu bapa dan guru yang digunakan untuk program komuniti, bayaran penceramah Tips Pecutan dan makan murid sepanjang program.

“Program berkenaan juga memberi kesedaran kesihatan fizikal dan mental dengan menerapkan amalan gaya hidup sihat dan mengurangkan kadar kesihatan mental dalam kalangan masyarakat melalui pelaksanaan program guru (Theraminds), ibu bapa (Modul STARR) dan murid (Modul Cabana),” ujarnya. - KitaReporters


Zamali A/L Alang Achun dari SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakob turut meraih 5A.

17
18
0
15
0

Copy Link: