BAGI memperingati Pengasasan Beta Gamma Sigma (BGS), BGS Chapter Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama enam lagi Chapter BGS global telah berkolaborasi menganjurkan Beta Gamma Sigma Founder’s Week (Minggu Pengasas) pada 16 hingga 21 Februari 2021 lalu.

Presiden BGS Chapter UUM, Farah Insyirah Habib Rahman berkata, BGS Chapter UUM bersama Chapter BGS dari India, Turki, Colombia dan Amerika Syarikat telah menganjurkan sesi webinar bertemakan perniagaan sepanjang minggu berkenaan.


Lagi laporan-laporan berkaitan UUM:

https://kitareporters.com/search?search=UUM


 


Menurut Farah Insyirah dalam satu kenayataan media, setiap hari, Chapter BGS yang berbeza mengendalikan sesi webinar untuk membincangkan topik-topik berkaitan perniagaan.

"Sesi webinar BGS Chapter UUM telah diadakan pada 17 Februari dengan mengupas topik ‘The Performance of Islamic Finance in Several Downturns’.

“Sesi ini disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan pejabat global Amanie Advisors dan juga Pengarah Eksekutif untuk perniagaan Penasihat dan Pematuhan Syariah Global untuk Kumpulan Amanie global yang berpusat di Dubai, Maya Marissa Malek yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman industri yang luas dalam menangani kewangan Islam.

“Selain itu, BGS Chapter UUM juga berkongsi fakta berkaitan BGS untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai sejarah, manfaat, dan kredibiliti anggota BGS di seluruh dunia," katanya dalam kenyataan media tersebut.

Tambahnya, peserta dapat menonton sesi webinar secara langsung dalam laman Facebook BGS Chapter UUM dan berinteraksi di bahagian komen untuk mengemukakan soalan.

"Selain peserta tempatan, peserta antarabangsa yang mengambil bahagian dalam sesi ini turut mendapat manfaat menerusi perkongsian yang merangkumi isu-isu asas dalam Kewangan Islam, salah faham yang berkaitan dan Forex," ujarnya.



Farah Insyirah berkata, BGS Founder’s Week merupakan acara antarabangsa BGS Chapter UUM yang pertama untuk tahun 2021 dan platform terbaik untuk BGS Chapter UUM membina rangkaian dengan Chapter global yang lain.

Secara keseluruhan, menurutnya, Founder’s Week itu telah berjaya dianjurkan kerana BGS UUM Chapter dapat mengambil bahagian dan menjadi sebahagian daripada penglibatan dan pendedahan global dengan pelbagai negara.



Beta Gamma Sigma ditubuhkan sebagai organisasi kebangsaan pada 19 Februari 1913 di University of Wisconsin, University of Illinois dan University of California, Amerika Syarikat, sementara BGS Chapter UUM adalah Chapter BGS pertama di Malaysia yang ditubuhkan pada 2017 selepas UUM memperoleh akreditasi AACSB (Association to Advance Collegiate Schools of Business) pada 2016.

Chapter BGS hanya dibenarkan ditubuh di universiti-universiti di seluruh dunia yang mendapat akreditasi AACSB dan mempunyai lebih dari 800,000 ahli yang dipilih daripada lebih 612 Chapter di sekolah perniagaan yang memperoleh akreditasi AACSB di seluruh dunia. - KitaReporters

2
0
0
0
0

Copy Link: