PMCC 2021 dibawakan oleh Yoodo iaitu perkhidmatan mudah alih 100 peratus digital pertama yang boleh diubah suai di Malaysia.


PMS Phantom dari Politeknik Muadzam Shah berjaya merangkul gelaran pasukan PUBG Mobile terbaik peringkat kolej dalam Kejohanan Kampus PUBG Mobile (PMCC) 2021.

Kemenangan berkenaan dirangkul oleh PMS Phantom setelah menewaskan 16 pasukan lain pada kemuncak kejohanan dan memperoleh dua ‘chicken dinner’ serta 111 mata sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000.

Selain itu, PMS Phantom juga turut berpeluang  mewakili Malaysia dalam Kejohanan Kampus PUBG Mobile SEA (PMCC SEA) 2021 yang akan datang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan PUBG



Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun berkata PMCC 2021 mempamerkan bakat dan persaingan sengit yang luar biasa daripada setiap pasukan yang mengambil bahagian.

“Kami sangat teruja dengan sambutan hebat diterima oleh PMCC daripada pemain dan peminat. Adanya sokongan anda, Yoodo akan terus membawakan lebih banyak inisiatif e-Sukan (sukan elektronik) yang menarik pada masa hadapan.

“Selain pasukan PMS Phantom, pemenang tempat kedua iaitu UniKL.Nova serta ketiga yakni UBMI.Esport dari Universiti Kuala Lumpur - Malaysian Institute of Information Technology (UniKL MIIT) dan Universiti Kuala Lumpur - British Malaysian Institute (UniKL BMI) PMCC 2021 akan mewakili Malaysia pada PMCC SEA 2021.

“Mereka akan akan bersaing bersama pasukan kampus PUBG Mobile dari Indonesia,Thailand, Vietnam dan Filipina,” katanya menerusi satu kenyataan media bertarikh 22 November 2021.


Tiga pasukan terbaik layak mewakili Malaysia ke peringkat PMCC SEA 2021.


Tambah Tuck Mun, sebagai sebuah syarikat telekomunikasi yang sangat dominan dalam arena e-Sukan Yoodo bangga dapat membawa pemain generasi baharu untuk bersaing dan menyinar pada peringkat wilayah.

Katanya, Yodoo ingin menaikkan semangat bakat e-Sukan tempatan dan meletakkan pemain muda pada laluan menuju kejayaan dan ia benar-benar memuaskan.

Sementara itu, Ketua Esports, Gaga Li berkata pihaknya berbangga dengan kerjasama jangka panjang bersama Yoodo yang berterusan mendapat sokongan padu daripada industri e-Sukan tempatan.

“PMCC 2021 membawakan pasukan kolej terbaik Malaysia dan semangat mereka terhadap PUBG Mobile juga turut menarik untuk ditonton,” ujarnya.


Antara nama-nama besar yang berpengaruh dalam permainan PUBG Mobile.


PMCC 2021 disokong oleh Xiaomi, Viu, dan Mission Foods. Tiga pemenang utama PMCC 2021 juga akan menerima bekalan Mission Corn Strips selama setahun daripada Mission Foods.

Lebih 1,000 penyertaan diterima melibatkan 344 pasukan daripada lebih 200 institusi pengajian tinggi di seluruh negara dan pada pusingan akhir disiarkan secara langsung dalam platform Yoodo telah menerima lebih 1 juta tontonan.

Hari ke-2 peringkat akhir menyaksikan peminat menikmati perlawanan persembahan antara 16 Pasukan PMCC Teratas dan 3 pasukan pengaruh terdiri daripada nama besar seperti Soloz, Daddyhood, Yakuza, Boyka, Mossgoku, Manparang, Master Ramen dan Pemburu.

PMCC 2021 turut menampilkan pencarian pengulas untuk penyampai terbaik, Mohd Izzat Najmi Safie (Xenpai) dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Mohammad Adib Adam Mohammad Nawawi (Dibo) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, berjaya memenangi pencarian tersebut.

Yoodo turut memperkenalkan pencarian wajah PMCC 2021 melalui pencarian Duta Kampus dan Nurul Zulaikha Najwa Aminuddin Zaki (Juju) dan Nur Shameerina Asifa Mohammad Shamsul (Curry), kedua-duanya dari UniKL.

Sekiranya anda terlepas semua aksi, jangan risau! Layari halaman e-sukan Yoodo untuk menonton rakaman. Untuk maklumat lanjut mengenai Yoodo, sila layari www.yoodo.com. - KitaReporters


 

8
17
0
14
0

Copy Link: