Tahniah Nur Ain Madihah! Johan Ketua Platun Puteri Kadet Remaja Sekolah 2023! Pelajar SMK Pulau Nyior!
Published byNur Ain Madihah Mohd Shahril pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Nyior (SMKPN) dinobatkan Johan Ketua Platun Kadet Remaja Sekolah (KRS) 2023 kategori Puteri bagi peringkat daerah Kubang Pasu.
Anak ketiga daripada empat beradik yang ditemui itu berkata, kejayaan yang dicapai ini bukan sahaja sebagai hadiah untuk guru dan sekolah ini namun kejayaan yang dikecapi ini diharap membanggakan kedua-dua ibu bapanya.
“Saya berterima kasih kepada guru-guru dan rakan sepasukan yang memberi kerjasama dan semangat juang yang tinggi sehingga berjaya meraih Ketua Platun KRS 2023,” ujar anak buruh binaan ini.
Sementara itu guru penasihatnya Mohamad Halizal Halim ketika dihubungi berkata, kejayaan yang dicapai ini pastinya hasil usaha dan bimbingan daripada guru-guru penasihat dan juga usaha pasukan ini.
“KRS SMKPN juga berjaya meraih Trofi Naib Johan Platun Puteri KRS selain daripada Ketua Platun,” katanya.
“Disiplin dan kerjasama daripada ahli kumpulan dan ibu bapa serta guru-guru pembimbing juga adalah faktor utama kejayaan ini,” sambungnya.
Pasukan yang terdiri dari 23 kadet tingkatan tiga dan empat ini ini menjalani sesi latihan selama dua bulan dan kemudian menjalani latihan secara intensif selama dua minggu mulai 10 hingga 21 September 2023 sebelum menyertai pertandingan.
Guru-guru penasihat KRS SMKPN terdiri daripada Mazni Mustafar, Ustaz Ishak Aziz, Mohamad Halizal Halim, Zamzuri Hussin, Siti Nabihah Izhar dan Fazlina Din.
Majlis penyampaian hadiah ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK), Mahadhir Ismail.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kubang Pasu, Mukhtar Mansor dan Pengetua SMKPN, Ahmad Othman. - KitaReporters
Pasukan KRS SMKPN bersama Pengetua dan guru penasihat bergambar kenangan selepas majlis itu.