Zambry Abdul Kadir disambut oleh staf KUIPs. 


Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Zambry Abdul Kadir mengadakan lawatan ke Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) pada 23 Mac 2024.

Kunjungan ini juga membolehkan beliau melihat sendiri persiapan yang dilakukan untuk menaikan taraf KUIPs. 

“Pertama kali saya sampai di sini, dengan tiada notis awal, saya sempat berjumpa dengan beberapa pengurusan pentadbiran KUIPs, pensyarah dan juga pelajar,” ujar beliau pada akhir lawatan itu.


Zambry (tengah) dan delegasi dibawa ke Bilik Mesyuarat Utama (MBU) KUIPs untuk taklimat.


Dr Abdul Basir Awang @ Mohd Ramli (kiri)  berbual dengan Menteri sebelum majlis taklimat.


KUIPs merupakan sebuah institusi pendidikan di bawah Kerajaan Negeri Perlis dan dikelolakan sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Negeri Perlis (MAIPs).

Menurut beliau lawatan ini selepas Rektor KUIPs Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle mengadakan kunjungan di pejabat beliau tempoh hari.

Katanya, walaupun KUIPs bukan berada di bawah institusi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), insya-Allah beliau akan cuba membantu dan koordinasi keperluan dan usaha sama dalam menjadikan KUIPs sebagai antara institusi pendidikan tinggi yang mampu melahirkan lebih ramai graduan berkualiti tinggi dan menjadi rujukan peringkat dalam dan luar negara.


Ketika di Bilik Mesyuarat Utama KUIPs Pauh beliau sempat berbual melalui panggilan video dengan Prof Dr Rozaimi Ramle.


Zambry (kiri sekali) meninjau kampus Pauh KUIPs. 


Ketika di Bilik Mesyuarat Utama KUIPs Pauh beliau sempat berbual melalui panggilan video dengan Prof Dr Rozaimi dan Mufti Perlis Prof Dato' Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang berada di Kuala Lumpur atas tugasan rasmi kelmarin.

Mufti Perlis dan Rektor turut berterima kasih kepada pihak KPT atas kunjungan ke KUIPs walaupun sekejap.

Terdahulu beliau bersama delegasi diberi taklimat mengenai KUIPs oleh Timbalan Rektor Akademik Prof Madya Dr Abdul Basir Awang @ Mohd Ramli. - KitaReporters/KUIPS



Zambry (kanan) bertemu dengan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KUIPs, Roshaizam Izuddin Roslan.


Menteri bergambar dengan staf KUIPs.
Zambry Abdul Kadir bersama MPP KUIPs.

22
11
0
15
0

Copy Link: