Video| Hari Bahasa Arab Sedunia! Lebih 100 peserta sertai pertandingan bahasa Arab anjuran KUIPs!
Published byLebih 100 peserta menyertai pertandingan sempena Hari Bahasa Arab Sedunia 2023 anjuran Pusat Bahasa dan Pengajian Umum, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).
Hari Bahasa Arab Sedunia jatuh pada 18 Disember setiap tahun.
Pengarah program Muhammad Akmal Zolmaily berkata, pertandingan yang dianjurkan ini bertujuan untuk memperkasakan budaya ilmu bahasa Arab, sekali gus mencungkil bakat dalam kalangan pelajar-pelajar.
Kata Akmal, antara pertandingan yang dianjurkan ialah menghasilkan karangan, dialog, menyampaikan tazkirah, berkhutbah dan juga menghasilkan poster dalam bahasa Arab.
“Moga dengan penganjuran pertandingan seperti ini, ia akan membantu pelajar di kampus ini agar lebih bersedia dan menghasilkan lebih banyak karya dalam bahasa Arab nanti,” ujarnya ketika ditemui semasa rakaman untuk pengumuman keputusan pertandingan yang diianjurkan ini.
Muhammad Akmal Zolmaily.
Sementara itu, Rektor KUIPs, Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle ketika diminta mengulas mengenai penganjuran pertandingan ini berkata, beliau berharap pelajar-pelajar dari kampus ini akan menggunakan peluang seperti ini untuk mengetengahkan kebolehan mereka.
“Pastinya dengan bimbingan pensyarah dan peluang mereka yang bertugas sebagai imam dan bilal di masjid-masjid sekitar Perlis ini juga akan membuka peluang bagi mereka untuk menghasilkan karya yang lebih baik selain daripada tumpuan mereka dalam pengajian di kampus ini,” ujar beliau.
Pertandingan ini diadili juru-juri dalam kalangan pensyarah-pensyarah cemerlang daripada Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Al-Quran dan As- Sunnah.
Sementara itu semua peserta boleh melayari laman web Facebook rasmi KUIPs untuk mendapatkan keputusan nanti di
https://www.facebook.com/people/Sambutan-HARI-Bahasa-ARAB-Sedunia-KUIPs/100087684918245/?mibextid=gik2fB - KitaReporters/KUIPS