Tahniah Dr Haim Hilman! Dilantik sebagai Naib Canselor baharu UUM! Berkuat kuasa 17 Jan 2022!
Published byTimbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Utara Malaysia(UUM), Prof Dr Haim Hilman Abdullah kini dilantik sebagai Naib Canselor UUM yang baharu.
Pelantikan Haim Hilman, 49, memegang tampuk jawatan berkenaan berkuat kuasa mulai 17 Januari 2022.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UUM
Prof Datuk Dr Husaini Omar
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Husaini Omar berkata pihaknya yakin dan percaya Haim Hilman mampu menggalas tanggungjawab diberikan sebaik mungkin berdasarkan segala segala pengalaman, pengetahuan serta kredibiliti dimiliki.
“Sebagai Universiti Berfokus yang cemerlang dengan bidang
fokus utama iaitu pengurusan di samping berpaksikan visi UUM sebagai
“Universiti Pengurusan Terkemuka”, beliau juga dilihat mampu meneruskan kesinambungan
UUM.
“Bukan sekadar sebagai pusat kecemerlangan pembelajaran dan pengajaran
tetapi juga penyelidikan, penerbitan serta perundingan yang terkemuka dalam
bidang pengurusan di dalam dan luar negara,” katanya dalam satu kenyataan media
ada 19 Januari 2022.
Tambah kenyataan tersebut, kementerian juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani atas segala sumbangan dan kepimpinan beliau menerajui UUM selama tiga tahun sejak 2018.
Sementara itu, untuk info Haim Hilman Abdullah berkelulusan
Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari
University of Portsmouth, United Kingdom.
Beliau juga telah memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam Pengurusan Strategik pada tahun 2010 dari Universiti Putra Malaysia. -KitaReporters