Bagi mereka yang berminat untuk Jom Masuk KUIPs, permohonon boleh dilakukan dengan klik pada link berikut: https://istudent.kuips.edu.my/register?rid=AGN0137

Pihak penganjur program Semarak Merdeka Komuniti Madani 2024 menyediakan 500 hadiah kepada peserta yang menyertai program ini yang dianjurkan selama dua hari iaitu pada 3 Ogos dan 4 Ogos 2024 di Felda Chuping, Perlis.

Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, program ini dianjurkan oleh KUIPs sebagai penganjur utama dengan kerjasama Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) serta Komuniti Felda Chuping, Perlis.
Katanya, program Taggungjawab Sunah Korporat atau Corporate Sunnah Responsibility (CSR) di bawah projek tanggungjawab sosial korporat universiti ini diadakan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dan memperkukuh hubungan antara PIBKS dan komuniti setempat.
“Pastinya program memperkasa pendidikan, kewangan Islam dan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat ini dapat mengeratkan hubungan semua pihak,” ujar beliau lagi.


Sempena bulan kemerdekaan pada bulan Ogos 2026 dan Hari Malaysia yang akan disambut pada 16 September 2024 ini, beliau menjemput semua warga Perlis dan utara tanah air sama-sama hadir untuk memeriahkannya.
Antara pengisian program dua hari itu ialah acara kacau Bubur Merdeka Madani, pertandingan deklamasi sajak, kuiz kemerdekaan, ceramah merdeka, fun walk, interaktif ‘NADI’, pertandingan gambar Merdeka Madani, sukaneka dan forum.
Dalam pada itu, pengunjung juga berpeluang untuk mendapatkan khidmat guaman dan perancangan kewangan percuma yang dikendalikan oleh KUIPs.
Sambil membeli barangan di Jualan Rahmah, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi  Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga boleh mengunjungi kaunter KUIPs untuk mendaftar dan mendapatkan penerangan mengenai tawaran Biasiswa Pengajian Tinggi MAIPs-KUIPs. - KitaReporters



6
6
0
11
0

Copy Link: