Ajung Tamu UUM terima tetamu! 93 pelajar SMA Al-MAAD Arau! Agar semat cita-cita untuk ke universiti!
Published by
Seramai 93 pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah (SMA Al-MAAD) Arau, Perlis bersama tujuh guru mengadakan lawatan sambil belajar ke Anjung Tamu, Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 19 Februari 2025.
Lawatan yang disertai 93 orang pelajar yang terdiri daripada 51 lelaki dan 42 perempuan ini ialah untuk mendapatkan gambaran dan perkembangan universiti.
Anjung Tamu UUM ini adalah sebuah mercu tanda universiti ini yang berfungsi sebagai pusat maklumat mengenai sejarah, visi dan pencapaian UUM sebagai institusi pendidikan tinggi yang terkemuka.


Pengurus Anjung Tamu UUM, Mohd Fadzli Suhaimi memberikan taklimat dan penerangan mendalam mengenai struktur akademik, kemudahan universiti, serta peluang pembelajaran yang tersedia bagi pelajar di UUM.
Dengan maklumat ini pastinya dapat memberikan inspirasi dan peluang kepada pelajar yang hadir untuk terus berusaha mencapai kejayaan akademik dan menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi seperti di UUM nanti.

Sementara itu guru pengiringnya Campaka Yaakob yang ditemui berkata, lawatan ini adalah sebahagian daripada pendedahan awal kepada alam universiti bagi pelajar tingkatan empat yang hadir sebelum menyambung pelajar ke menara gading nanti. - KitaReporters
