Video| Usia bukan halangan! Sanggup ambil peperiksaan 26 kali! Demi impian untuk jadi mahasiswa!

Published by
KitaReporters


BIARPUN sudah 25 kali menduduki peperiksaan awam untuk memasuki Universiti Sinchuan di China, namun tidak menghalang seorang lelaki untuk terus menduduki sekali lagi dalam masa terdekat.

Liang Shi, mengakui dia nekad untuk terus mengambil peperiksaan Gaokao, peperiksaan khas untuk kemasukan ke universiti  awam di negara itu semata-mata-mata mahu merealisasikan impian ke menara gading dan menjadi siswazah universiti.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan peperiksaan universiti


Memetik portal Odditycentral, lelaki berusia 55 tahun itu berkata, dia mula menduduki peperiksaan berkenaan sejak 1983 namun disebabkan markah yang diperoleh tidak memuaskan hati menyebabkan dirinya tidak terpilih untuk melangkah universiti berprestij tinggi di negara kelahirannya.

“Sejak itu saya tidak menyerah kalah dan terus mencuba setiap tahun. Saya  akan menduduki peperiksaan dalam masa terdekat untuk kali ke-26 dan berharap dapat menjejaki ke universiti," katanya.

Menurut Liang Shi, sekiranya peperiksaan yang bakal diduduki ini gagal dia akan terus mengambilnya lagi tahun depan sehingga impiannya menjadi mahasiswa tercapai

“Saya tiada masalah untuk belajar sejarah dan geografi buat masa ini, dan berharap peperiksaan yang akan diduduki ini membawa hasil dan akhirnya merealisasikan impian saya," harapnya. 



Berkongsi cerita, Liang Shi berkata, disebabkan komitmen dengan kerjayanya dia terpaksa melepaskan 14 peluang untuk menduduki peperiksaan sebelum ini ekoran polisi yang ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk mengehadkan hanya calon yang di bawah usia 25 tahun saja layak menduduki.

Bagaimanapun, katanya pada 2001, polisi berkenaan ditarik balik oleh pengurusan universiti sekali gus memberi peluang kepadanya untuk mencapai impian untuk mencuba nasib dan menduduki peperiksaan.

Matlamat utamanya pada hari ini adalah menjadi mahasiswa dan akan cuba sedaya upaya supaya impian tersebut terlaksana sebelum menutup mata yang terakhir

Katanya lagi dia tidak peduli dengan pandangan orang lain terhdap dirinya yang menganggap dirinya sudah terlalu tua untuk menjadi mahasiswa.

"Bagi saya itu bukan masalah besar tetapi menjadi keutamaan kini adalah impiannya terlaksana sebagai mahahsiswa sebelum dirinya menutup mata," katanya.

Sepatutnya semangat juang seperti yang perlu ada kepada anak-anak muda hari ini. Semoga hasrat lelaki ini terlaksana suatu hari nanti untuk bergelar mahasiswa dan berjaya menggenggam segulung ijazah.

Inilah seperti dikatakan usaha tangga kejayaan! - KitaReporters


9
13
0
7
0

Copy Link: