Syabas! 34 pelajar KUIPs ditauliahkan jadi Lt Muda (PA) Pertahan Awam! Sertai istiadat pentauliahan!
Published byKontinjen dari KUIPs yang menyertai Istiadat Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA) Peringkat Kebangsaan kali ke-15 di UTHM, Johor pada 18 Ogos 2024 lalu.
Seramai 34 pelajar Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda (Pertahanan Awam atau PA) dalam Istiadat Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Peringkat Kebangsaan kali ke-15 pada 18 Ogos 2024 yang lalu di UTHM, Johor.
Majlis ini adalah untuk meraikan Pegawai Kadet Sispa (PKS) dengan penuh istiadat dan protokol sebagai penamat latihan dalam Pasukan Pertahanan Awam setelah tiga tahun menjalani latihan berstruktur.
Seramai 827 menyertai perbarisan yang terdiri daripada 769 orang berpangkat Leftenan Muda (PA) dan 58 orang berpangkat Staf Muda (PA).
Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada semua yang ditauliahkan dan berharap mereka akan terus bersemangat dan berusaha gigih dalam mengejar cita-cita dan melapor diri ke Pejabat APM seluruh negara bagi terus menabur bakti kesukarelawan kepada masyarakat dan komuniti.
Turut hadir Menteri Besar Johor, Menteri Pendidikan Tinggi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Naib Cancelor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.
Muhammad Affendi Ahmad Syamsul telah dinobatkan sebagai kadet terbaik bagi kontijen KUIPs.
KUIPs diwakili Pemangku Timbalan Rektor Pembangunan Pelajar & Alumni KUIPs, Dr Mohd Aizul Yaakob sebagai komandan serta Muhammad Asyraf Baharudin sebagai Timbalan Komandan
Dalam pada itu, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Muamalat, Fakulti Muamalat dan Kewangan Islam (FMKI) KUIPs, Muhammad Affendi Ahmad Syamsul telah dinobatkan sebagai kadet terbaik bagi kontinjen KUIPs. - KitaReporters
Leftenan Muda (PA) Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) bergambar selepas Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam.