Antara jemputan yang terdiri dari pelajar dan staf sempena perasmian SIR Corber dan penyampaian sumbangan untuk pelajar golongan B40.


YAYASAN Bank Rakyat (YBR) memperuntuk RM100,000 kepada 100 pelajar B40 Universiti Utara Malaysia (UUM). Sumbangan bantuan awal pengajian bagi tahun 2023 ini disampaikan oleh Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani.

Penyerahan replika cek Bantuan Awal Pengajian ini turut disaksikan oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah di Perpustakaan Sultanah Bahiyah universiti ini pada 16 Januari 2023. 

Sumbangan ini diberikan bagi meringankan beban kewangan pelajar-pelajar baharu yang mula mendaftar untuk sesi pertama pengajian mereka.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Bank Rakyat

Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah (dua dari kanan) menerima replika cek RM100,000 dari Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani.


“YBR melaksanakan inisiatif ini bagi memastikan pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan terutama mereka dari luar bandar, pendalaman dan miskin bandar untuk meneruskan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini,” ujar Syaiful Rizal ketika ditemui di majlis itu.

Bagi tahun 2022 seramai 2,916 pelajar IPT telah menerima bantuan awal pengajian YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.27 juta yang melibatkan 19 IPT terkemuka di Malaysia serta melalui permohonan 11 badan bukan berkeuntungan bagi inisiatif ini.

Manakala peruntukan sebanyak RM350,000 setiap tahun untuk langganan dan pangkalan data bahan-bahan digital Serambi Ilmu Rakyat (SIR) dari pihak pembekal juga diagihkan sebagai usaha untuk menggalakkan tabiat membaca buat pelajar-pelajar dan masyarakat tanpa sempadan masa dan lokasi.


Sepuluh pelajar B40 terima sumbangan RM1000 dari YBR.

Di majlis yang sama YBR melalui Perpustakaan Digital Serambi Ilmu Rakyat (SIR) atau lebih dikenali dengan nama 'SIR Corner' turut menyumbangkan set kelengkapan 'SIR Corner' kepada perpustakaan UUM.

Sumbangan ini diharap dapat memberikan memanfaat kepada seluruh pelajar universiti ini dalam mendapatkan maklumat terkini serta bahan-bahan bacaan ilmiah secara digital.


Haim Hilman (duduk) melihat Perpustakaan Digital Serambi Ilmu Rakyat  atau lebih dikenali dengan nama 'SIR Corner' yang dirasmikannya.

Dalam pada itu  Dr. Haim Hilman  dalam ucapannya berkata, pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah memilih dan menyenaraikan pelajar B40 yang akan menerima sumbangan sebanyak RM1000 seorang itu.

“Pihak pengurusan universiti amat berterima kasih kepada pihak YBR khususnya dan semua pihak yang sentiasa memilih universiti ini untuk menyalurkan sumbangan kepada pelajar-pelajar disini,” katanya.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed; Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman; dan Pengurus Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin. - KitaReporters/UUM


16
15
0
10
0

Copy Link: