Berita baik! Perkhidmatan WiFi di 16 IPTA, 24 politeknik, 43 kolej komuniti akan dinaik taraf! - PM
Published byKemudahan WiFi di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), institusi pendidikan politeknik dan kolej komuniti akan dinaik taraf secara berperingkat-peringkat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN).
Beliau berkata, mesyuarat dimulakan dengan pembentangan kemajuan pelaporan terkini terkait dengan agenda transformasi negara yang menunjukkan perkembangan positif.
"Antaranya termasuklah perkhidmatan WiFi di Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis yang telah selesai dinaik taraf.
"Penambahbaikan akan diperluas kepada 13 Institusi Pengajian Tinggi Awam, 24 Institusi Pendidikan Politeknik dan 43 Kolej Komuniti," jelas Perdana Menteri.
Selain itu, katanya, beliau turut meminta untuk memperhalusi kelulusan projek ICT Kerajaan melalui pendekatan Enterprise Architecture (EA) secara holistik mengambil kira kolaboratif merentas agensi, perkongsian infrastruktur, data, maklumat dan perkhidmatan selaras dengan hasrat Kerajaan dalam perbelanjaan berhemah.
"Saya tegaskan kepada kementerian dan agensi terlibat agar mematuhi jadual pelaksanaan yang ditetapkan bagi memastikan hasil inisiatif tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk kesejahteraan rakyat," kata Anwar lagi. - KitaReporters/Kenyataan Media