Dr Mazlah Abd Ghaffar (tengah) bersama kakitangan UMT ketika melancarkan kempen Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 65 peringkat Universiti.Kredit gambar: Media Kreatif UMT


SAMBUTAN Bulan Kemerdekaan terus mendapat perhatian rakyat negara ini bukan sahaja dalam kalangan masyarakat malah ia turut diraikan oleh pelajar-pelajar institusi pengajiuan tinggi tempatan sebagai tanda patriotik terhadap negara. 

Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 di kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) tidak kurang meriahnya apabila suasana penuh semangat patriotik dipertonton menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sambutan kemerdekaan

Dr Nazlan  melekatkan Jalur Gemilang pada sebuah kenderaan


Pelancaran disempurnakan oleh Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Mazlan Abd. Ghaffar itu diadakan secara fizikal selepas pelancarannya secara maya dibuat pada tahun lalu (2021) akibat pandemik. 

Menurutnya, rakyat Malaysia khususnya mahasiswa perlu menghayati bulan kemerdekaan dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.

“Nilai patriotisme yang menjadi sebahagian daripada nilai murni, sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia,” katanya.


Semangat patriotik kakitangan UMT ketika pelancaran kempen Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-65


Oleh itu, katanya, adalah sangat wajar bagi generasi muda khususnya mahasiswa menjadikan nilai patriotisme sebagai amalan atau pegangan serta disemai dalam jiwa segenap lapisan masyarakat Malaysia demi kelangsungan negara dalam menghadapi era pascamodenisme dan dikenali sebagai masyarakat majmuk.


Golongan wanita tidak ketinggalan memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat UMT


Sejumlah 500 bendera Jalur Gemilang berjaya diedarkan kepada semua kenderaan yang memasuki kampus UMT sepanjang majlis pelancarannya yang berlangsung selama dua jam bermula jam 7.30 pagi pada 18 Ogos 2022. 

Pelbagai acara menarik bakal dianjurkan UMT dalam usaha menyemarakkan semangat cintakan negara seperti kayuhan merdeka, Sukan Rakyat, pertandingan poster bertemakan kemerdekaan dan lain-lain. 


Pro Naib Cancelor  (Hal Ehwal Korporat Dan  Jaringan Industri) Dr Fauziah Abu Hassan memasang Jalur Gemilang kepada sebuah kenderaan

13
13
1
15
0

Copy Link: