Berita Terkini| UPSR dimansuh sepenuhnya mulai 2021! Perkasa pentaksiran menyeluruh PBS, PBD!
Published byGambar hiasan... UPSR diperkenalkan sejak tahun 1988 dan bermula tahun 2021 ini, ia dimansuhkan sepenuhnya.
PEPERIKSAAN Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid tahun enam di negara ini akan dimansuhkan sepenuhnya bermula tahun 2021 ini.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, keputusan kerajaan mansuhkan peperiksaan itu setelah mengambil kira pandangan banyak pihak termasuk 1,700 peserta sesi libat urus dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
“Pagi tadi (28 April 2021), saya sudah membentangkan kertas memorandum jemaah menteri berkaitan dengan pemansuhan UPSR ini.
“Susulan pemansuhan UPSR, kementerian akan memperkasa secara menyeluruh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) khususnya bagi tahun enam dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
“Tidak ada peperiksaan ganti untuk murid darjah enam ini dan keputusan besar membabitkan pemansuhan UPSR yang diperkenalkan sejak 1988 ini sudah mengambil kira pandangan pelbagai pihak,” katanya dalam sidang media khas di Kuala Lumpur, pada 28 April 2021.
Tambah beliau, selari dengan pemansuhan UPSR, kerajaan membatalkan penilaian Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK). - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter